Untung RM9.7 bilion? Najib seperti ‘buta ilmu kewangan’, kata Pua

 


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Ahli Parlimen Damansara Tony Pua berkata, tanah Bandar Malaysia
 dimiliki oleh kerajaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Damansara Tony Pua menyelar Najib Razak berhubung dakwaan 1MDB boleh menjana keuntungan RM9.7 bilion sekali gus menyifatkan bekas perdana menteri itu seperti “buta ilmu kewangan”.

Susulan kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz semalam bahawa kerajaan perlu membayar RM17 bilion hutang keseluruhan 1MDB, Najib mendakwa 1MDB boleh mendapat keuntungan RM9.7 bilion sekiranya ia menjual tanah projek Bandar Malaysia yang dinilai RM12 bilion, selain menguatkuasakan jaminan Abu Dhabi untuk menanggung kos bon berjumlah USD3.5 bilion (RM14.7 bilion).

“Kenyataan itu mengesahkan bekas menteri kewangan itu sememangnya buta ilmu kewangan,” kata Pua dalam kenyataan, hari ini.

“Pertamanya, pelajar akaun tahun pertama boleh memberi pendidikan kepada Najib bahawa beliau benar-benar keliru dalam membezakan antara ‘penyata imbangan’ dengan ‘untung dan rugi’.

“Penyata imbangan kebiasaannya merekodkan aset dan hutang syarikat, manakala ‘untung dan rugi’ membabitkan pengumpulan pendapatan (sangat kecil) 1MDB dan kos (termasuk perbelanjaan faedah yang besar) bagi tempoh 13 tahun lalu.

‘Keduanya, adalah terlampau bodoh untuk mengatakan sekiranya jaminan Abu Dhabi berjumlah USD3.5 bilion dikuatkuasakan dan katalah ‘sekiranya’ – kerana perkara itu berada dalam Mahkamah United Kingdom ketika ini – 1MDB dilepaskan, dan dibenarkan mengekalkan aset berbaki. Jaminan itu tidak berfungsi seperti dikatakan.”

Pua berkata, Najib seperti sudah terlupa bahawa tanah Bandar Malaysia dimiliki kerajaan sebelum ia dijual kepada 1MDB pada harga rendah.

Sekiranya, tanah Bandar Malaysia sesungguhnya mampu dijual pada harga RM12 bilion Pua berkata, kerajaan terpaksa menanggung keseluruhan rancangan pembangunan projek dan manfaat kebajikan.

“Mengapa perlu untuk membayar hutang 1MDB apabila 1MDB langsung tidak memberi nilai tambah kepada tanah berkenaan,” soalnya.


No comments: