45% sisa makanan pergi ke pusat pelupusan, kenapa tidak dijadikan baja organik?

 




Setiap bulan rakyat Malaysia membuang begitu banyak sisa makanan berbanding negara lain.

Sisa makanan adalah bahan yang sesuai untuk dibuat baja organik dan berpotensi mengurang import baja kimia yang semakin melambung harganya di pasaran

Ahli Parlimen Nurin Aina Surip (PH - Merbok) meminta penjelasan Menteri Pertanian adakah usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan penggunaan sisa makanan dalam industri pembuatan baja organik di negara ini.

"Difahamkan jumlah sampah kita adalah 40 juta tan setahun. Daripada sisa makanan, 45% yang pergi ke pusat pelupusan adalah sisa makanan

"Adakah pihak kementerian memikirkan selain polisi penanaman jagung adalah kita boleh membuat kajian menggunakan sisa makanan yang tinggi, daripada dihantar ke pusat perlupusan, di proses semula (menjadi baja)

"Kerana pada 2020 lalu USM telah membuat kajian untuk menggunakan sisa makanan menjadi makanan untuk binatang ternakan," katanya mengemukakan soalan tambahan dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat, pagi ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee menjawab, industri baja organik sedang berkembang namun pengunaannya masih belum meluas dalam kalangan petani.

"Saya setuju sisa makanan boleh dijadikan baja organik. Malah industri ini berkembang

"Penggunaan baja organik belum meluas. Baja organik selain baja kimia digalakkan dalam industri makanan

"Itu merupakan antara langkah dan tindakan yang sedang diambil," katanya.

 

No comments: