YB MAZWAN JOHAR MEMBERI BANTUAN KEPADA PENDUDUK

 


Seminggu dua ini, pelawat dan tetamu yang hadir ke pejabat YB Hj Mazwan Johar adalah majoritinya terdiri daripada kaum India.
Kenapa pula YB ?
Ini adalah kerana perayaan Deepavali akan tiba tidak lama lagi. Setiap tahun, kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan meraikan rakyat Selangor yang menyambut perayaan Deepavali dengan memberikan hadiah baucer Jom Shopping Deepavali.
Baucer ini bernilan RM 100 dan seramai 450 penerima DUN Sungai Ramal akan menerima manfaat ini.
Hari ini, YB Mazwan dijemput oleh Ketua Komuniti India DUN Sungai Ramal, Cikgu Mala, untuk menyampaikan kotak rempah ratus dan makanan asas kepada 14 orang penerima.
Moga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung dan dapat meraikan perayaan Deepavali dengan meriah dan gembira.
Kita semua hidup bagaikan adik- beradik dalam satu keluarga besar. Kita mesti jaga kebajikan dan kesejahteraan satu sama lain. Inilah caranya untuk kita bina sebuah kehidupan yang rukun, damai dan harmoni dalam negara yang kita cintai ini.
Admin : Poker Face
Media ADN Sg Ramal
20 Oktober 2021

No comments: