Perang ghanimah dalam Pas (Bhg Pertama)

 


SEMASA muktamar Pas ke-61 yang berlangsung di Kuala Selangor tahun 2015 golongan agamawan juga dikenali golongan ustaz dalam Pas beraya sakan apabila mereka dapat menyingkirkan puak profesional - liberal (Prolib) dalam parti itu. Semua golongan Prolib dalam parti itu yang memegang jawatan dalam parti, termasuk timbalan presiden dan naib tresiden kecundang.  

Yang lekat atau kekal seorang sahaja, Mazlan Aliman. Beliau masih dipilih sebagai ahli jawatan kuasa kerja Pas pusat. Macam mana Mazlan dapat berada dalam rangkaian ulama, mungkin kerana kejayaan dan kehebatannya dalam mendekati dan merombak pemikiran masyarakat Felda daripada terus berkarat dengan UBN mengubah haluan menyokong pembangkang, PH. Jasa dan usaha Mazlan untuk itu dikenang para muktamirin. 

Mazlan adalah presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), yang mendekti dan memesrai masyarakat Felda. Mazlan jadi gundal dalam Pas. 

Ini nyata, kerana apabila Mazlan sudah tiada dan aktif dalam Pas, ANAK terus jadi terbantut dan tidak membangun. ANAK seperti sudah kecacingan. Seharusnya Pas perlu growth seseorang untuk mengambil alih tempat Mazlan bagi mendekati masyarakat Felda memastikan masyarakat itu terus bersama pembangkang. Perlu diketahui kawasan Felda menguasai sebanyak lebih 52 kerusi parlimen. Dalam Piraum ke-14, 20 kerusi dalam kawasan Felda sudah merubah selesa dengan memilih pembangkang (PH).

Kekalahan membaca naas.


Husam Musa

Seperti umum ketahui dan sudah dirakam sejarah, kekalahan semua pimpinan Prolib itu membawa naas kepada Pas. Parti itu berpecah dengan tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah). Mereka yang kalah berpakat menubuhkan parti itu di rumah Jaafar Kamaruddin, kecuali Husam Musa yang kalah untuk kerusi naib Presiden Pas tidak bersekongkol. Beliau menyertai Amanah selepas enam bulan parti itu ditubuhkan dan selepas beliau dipecat tanpa bicara oleh Pas. 

Merugikan kerana kalau Pas tidak berpecah dan wujudnya Amanah, mungkin dalam Piraum ke-14 itu dan (jika Pas masih bersama PH), parti agama itu boleh menggandong sampai lebih 30 kerusi parlimen berbanding 18 yang diraihnya. 

Ketika saat kemenangan menyingkirkan golongan Prolib itu, golongan ustaz bukan main seronok dan gembira kerana mereka telah menguasai Pas sepenuhnya. Mereka tidak bimbang lagi dengan gerakan dan aliran sekular daripada Prolib yang hendak membawa Pas melangkah keluar dari kepompong fahaman konservetif bagi mengelakkan Pas tepu dengan cara lama. Dengan tiadanya golongan Prolib usaha untuk meliberalisasikan Pas mengikut politik kontemporari, sesuai dengan perkembangan semasa dan membuang method lama tidak berlaku lagi.

Golongan agama atau ustaz yang naif mengenai ilmu pentadbiran, kewangan dan diplomatik ini mahu Pas kekal dengan pendekatan yang konservetif yang digunapakai sejak mereka mengalahkan golongan Islam modern (nasionalis), yang menguasai Pas ketika itu, yang dibawah pimpinan Allahyarham Mohd Asri Muda. Kepimpinan Asri dijatuhkan dengan cara diluar tertib Pas sebagai parti agama, dalam suatu peristiwa "marakbar" (pergi mampos) Asri.

Kebimbangan golongan ulama ini kepada Mohd Asri ialah kerana Asri akan menuteralisasikan Pas menjadikan sebagai parti kebangsaan (nasionalis) yang bukan total agama. Kebimbangan itu dilihat kepada usaha Asri sebelum ini yang telah membawa Pas bekerjasama dengan Umno menerusi Barisan Nasional (BN). 

Antara perkara yang tidak disenangi oleh golongan agama itu menyebabkan mereka kemudian membentuk kepimpinan ulama, kononnya Asri tidak berjiwa Islam tulen. Salah satunya Asri tidak mencanangkan untuk melaksanakan hukum Hudud. Revolusi Iran yang memuncak pada tahun 80-an telah mempengaruhi Pas. Ada sebilangan orang (pemuda) mahu Pas bergerak seperti revolusi itu, sedangkan mereka lihat Asri tidak bersetuju kerana memahami revolusi itu ditunjangi semangat Syiah.

Bagi Asri cara politik Arab (Iran), assobiyah dan fahaman sempit agama (fanatik) tidak sesuai untuk dipraktikan dalam negara majmuk dan bebas beragam seperti Malaysia. Baginya pendekatan berhikmah dan bertoleransi lebih wajar dipraktikan. Sikap dan teropong politik Asri itu menerjah jauh dan baru difahami oleh golongan fanatik agama (golongan kemelak) itu setelah lebih 40 tahun kemudian sesudah mereka memaki hamun Asri.  

Kerana perhitungan itulah maka kepimpinan Asri harus ditumbangkan. Kejatuhkan kepimpinan Asri itu diganti dengan kepimpinan ulama yang bunyinya lebih Islami dan indah berbanding kepimpinan Asri yang lebih berbau nasionalis Islami. Ironi, kejatuhan kepimpinan Asri turut disumbang sama oleh anggota Dewan Pemuda Pas, yang mana salah seorang yang menjadi juara menentang Asri ialah Mohamad bin Sabu yang kini menerima nasib sama dengan Asri di marakabar bila ditendang keluar daripada Pas.

Kemenangan dan penguasaan yang tidak jamin ketenangan.

Selepas wujud dan mengakar umbinya kepimpinan ulam dalam Pas, ia tidak menjamin parti agama itu tenang dan terlepas daripada mengalami perselisihan dan perbalahan. 33 tahun selepas itu berlaku pertembungan fahaman dipandu Asri dengan golongan agama, ia sekali lagi berlaku pergolakan dalam Pas kerana pertempuran faham dan juga citarasa untuk membawa Pas. 

Pertembungan kedua berlaku antara golongan Prolib yang disokong oleh Allahyarham Tokguruku Nik Abdul Aziz dengan golongan warisan ulama yang membentuk kepimpinan ulama. 

Golongan Prolib yang sebelum ini bergantung hayat dengan golongan ulama untuk mengembangkan pengaruh dan kekuatan siasah Pas mula membuat perubahan dalam Pas selepas mereka melihat, kaedah atau method kepimpinan ulama tidak mampu membawa Pas pergi jauh melainkan hanya dapat mempengaruhi golongan Melayu kampung semata-mata. 

Kepimpinan ulama masih dalam perkup lama membawa retorik Islam yang konservetif penuh idealis. Sebaliknya mereka (Prolib) bergerak ke arah realis terutamanya dalam soal pentadbiran, pengurusan parti serta hubungan antara kumpulan. Perubahan demi perubahan yang dibawa oleh golongan ini yang menumpang diserambi kepimpinan ulama, menjadikan Pas semakin dikenali dan disegani. Tetapi pergerakan mereka terhad dan dipantau. Sementara dalam masa sama kepimpinan ulama terus mengampuhkan kepimpinan mereka dengan menanamkan doktrin menjadi Pas parti dogmatik. 

Pembentukan Majlis Syura Ulama (MSU) yang menjadi simbol kepimpinan ulama, yang merupakan satu lagi badan eksekutif dalam Pas yang mengatasi Jawatankuasa kerja Pas, mula menjadikan kepimpinan ulama diterasi oleh golongan agamawan sepenuhnya. Keputusan-keputusan penting termasuk soal dasar, polisi dan strategi politik dan juga menentukan calon dipantau dan diputuskan oleh majlis ini bersifat eksklusif. 

MSU inilah yang menyebabkan golongan Prolib tidak selesa dan bebas dalam Pas. Kritikan dan protes terhadap kesongsangan "perlembagaan" Pas ini mula kedengaran. Salah satu yang jelas adalah apabila keluarnya buku oleh Dr Mujahid Yusof Rawa seorang pemimpin muda dan bakal menjadi pelapis Pas, berjudul "Menuju Pas Baru"  yang mempertikakan pertindihan kuasa ekeskutif itu.


Dr Mujahid Yusof

Ringkas cerita, pertembungan Prolib dengan kepimpiann ulama pasca kepimpinan Asri sampai kekemuncaknya apabila mereka dibuang secara setandang dalam muktamar Pas ke-61 tahun 2015. Bermula dari sini, sekali lagi geng ulama atau ustaz merasakan mereka menguasai Pas sepenuhnya dan hidup penuh dengan "bergedik".

Panas tidak sampai ke petang, disangka hujan rupanya gerimis. Sesuautu kejayaan itu tidak akan kekal abadi. Penguasaan ke atas Pas itu tidak menjamin tidak akan berlaku pertempuran selepas itu. Perbezaan pendapat sehingga menyebabkan terjadinya perbalahan atau perang tetap juga berlaku. 

Barang kali inilah sebahagian daripada dinamika politik dan sunatullah dalam perjuangan. Sesudah enam tahun golongan Prolib tidak ada dalam Pas, kini parti itu bergolak sekali lagi. Isunya atas perkara sama; kerana perbezaan aliran dan fahaman politik. Kalau dahulu mengenai uslub dan pendekatan Pas, tetapi kali ini perbalahan berlaku kerana merebut ghanimah. Kemenangan dan kesempatan Pas menjadi suku daripada kerajaan telah mengubah citarasa dan meleburkan ikrar dan syahadat sebelum ini. 

Perbalahan ini juga menjelaskan bahawa tidak ada jaminan dari kalangan orang-orang suci dan ahli syurga tidak bergaduh dan berkekah belah. 

Benda yang sama berulang dalam Pas.  Pergolakan itu sedang berlaku dan sedang terjadi. Saya istilahkan ia sebagai Perang Ghanimah. Bersambung. [wm.kl.8:52 am 18/10/2021]