JIKA DIPOHON PUN ELOK DITOLAK....

 


4 ADUN Melaka belum buat permohonan sertai PH, kata Anwar





Anwar Ibrahim berkata, PH tidak mahu membuat keputusan terburu-buru kerana belum menerima permohonan rasmi daripada empat ADUN berkenaan untuk menyertai PH.

PETALING JAYA : Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sulaiman Md Ali masih belum menghantar permohonan rasmi untuk menyertai Pakatan Harapan (PH), kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, PH tidak mahu terburu-buru membuat keputusan berhubung hasrat empat bekas ADUN terbabit yang mahu bersama dengan pakatan berkenaan.

“Mengenai empat bekas ADUN itu ada dibincangkan (dalam mesyuarat Majlis Presiden PH).

“Namun, tiada apa-apa permohonan, maka perkara itu tidak dipanjangkan.

“Mereka belum memohon secara rasmi walaupun ada melahirkan hasrat untuk menyertai PH. Jadi, kami perlu tunggu dan tidak mahu bertindak terburu-buru,” katanya menurut laporan Berita Harian

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan DAP yang tidak mahu bekas ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee dalam mana-mana parti komponen PH, Anwar berkata beliau menghormati pandangan parti itu.

“Kita faham (kenyataan DAP) itu. Oleh kerana perkara itu belum ke tahap perbincangan serius, kita tunggu,” katanya.

Sebelum ini, bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron; Norhizam; Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) menyerahkan kepada pucuk pimpinan PH untuk menentukan tempat bakal ditandingi mereka pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Bagaimanapun, hasrat mereka bertanding atas tiket PH dikatakan ditolak rakan parti PKR termasuk DAP yang tidak mahu menerima Norhizam yang sebelum ini bersama parti itu sebagai calon PRN Melaka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka dan hari penamaan calon pada 8 November serta tarikh mengundi awal pada 16 November selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Okt lalu.

No comments: