Wiski
Timah: Kenapa ada pemimpin Pas tersentak?
Oleh MOHD ALI HASHIM / October
21, 2021
Isu arak Timah,
kelihatan seperti adanya pimpinan Pas yang tersentak atau terasa dengan perkara
ini seolah-olah menjadikan mereka setaraf dengan MCA dan MIC.
Menurut Pengarah
Komunikasi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria, sebetulnya terdapat pemimpin
Pas yang pernah mendakwa rasuah tidak meruntuhkan sesebuah negara, tetapi tidak
solat boleh meruntuhkan negara.
“Ini membawa pengertian
perkara yang berkaitan secara langsung dengan Islam sudah pasti akan mendapat
tempat utama bagi Pas, termasuklah arak, judi mahu pun zina.
“Kita tidak harus lupa sebelum
ini pemimpin Pas begitu marah apabila Menteri Agama Pakatan Harapan (PH)
mengatakan bahawa tidak boleh mengendap pasangan yang masuk hotel di mana pada
pandangan pemimpin Pas ia dikatakan mempunyai kaitan dengan zina.
“Pimpinan
Pas juga pernah mengecam keras ‘Oktober fest’ dan kilang arak Carlsberg
sehinggakan ada yang membuat demo bantahan suatu ketika dulu,” ujar beliau
ketika dihubungi.
Kini
tegas Dr Zaidi, arak wiski Timah yang mana 40 peratus adalah alkohol hasil
produk kilang Malaysia (BMF) yang telah berjaya dihasilkan dan lebih hebat lagi
apabila ianya mendapat pengiktirafan antarabangsa
Sehubungan
itu katanya, rakyat mulai menghala ‘troll’ mereka kepada Pas walaupun bukan Pas
yang membuat kilang wiski, bukan juga Pas yang meluluskan cabutan judi 22 kali
setahun.
Namun
begitu, katanya Pas adalah parti yang memerintah kerajaan Pusat.
Malah tegas beliau, segala
keputusan Kerajaan Pusat termasuklah dosa dan pahalanya ditanggung bersama,
dikongsi dan ada saham di dalamnya.
Tambahnya,
apabila Pas menjadi ‘setan bisu’ atau nahi mungkar ke laut isu judi 22 kali,
wiski Timah yang punya 40 peratus alkohol serta tidak lagi bersungguh-sungguh
seperti RUU 355, akhirnya Pas meletakkan dirinya setaraf dan tiada beza dengan
MCA maupun MIC.
Oleh kerana itu saran beliau, Pas sepatutnya sudah kembali ke pangkal jalan.