ADAKAH ORANG MELAKA PILIH ISU PERKAUMAN?


NORMAN RADZUAN





PRN Melaka menjadi petunjuk PRU15

ADAKAH ORANG MELAKA PILIH ISU PERKAUMAN?

PRN Melaka ini sebenarnya sgt penting sebagai petunjuk arah samada kpd BN, PN atau PH dlm menghadapi PRU15. Pelbagai persoalan bermain menjelang PRN ini nanti.
Di pihak PN atau BN adakah tiga parti Melayu rasis ini boleh bekerjasama. Di pihak PH pula nampak solid cuma menjadi tanda tanya logo apakah yg akan digunakan oleh PH?
Bersatu dan PAS pula dilihat memujuk UMNO utk bersama kerana tidak mahu dimalukan di Melaka. Umum tahu PAS hanya dpt telur ayam. Bagaimanapun perang psikologi kpd UMNO telah dilakukan oleh Bersatu di Melaka dgn membawa panji2 PN bersama PAS.
UMNO boleh juga mengambil kesempatan dlm PRN ini utk mengajar PAS agar bersama mereka pada PRU15 dgn bertanding sendirian di bawah bendera BN. Jika UMNO terus bersama Bersatu pada PRU15 nanti mereka akn bermasalah.
Sebenarnya UMNO ada peluang yg sgt cerah utk mengambil alih negeri Kelantan dan Terengganu pada PRU15. Cuma di peringkat nasional mereka mungkin sukar jika tidak bersama PAS. UMNO bukan lagi parti dominan org2 Melayu seperti dulu.
Jika anda bertanya saya... saya yakin UMNO akn sekali lagi tunduk kpd PN utk bekerjasama dlm PRN ini kerana mereka mahukan jawatan KM Melaka menjadi milik UMNO.
UMNO perlukan jawatan KM utk laba politik. Umum tahu UMNO akn menjadi lesu tanpa laba atau wang dlm politik mereka. Jatuhnya kerajaan negeri Melaka ini pun adalah kerana projek bukan kerana kepentingan rakyat.
Bercerita tentang PRN di Melaka ini daripada PRU yg lalu... perubahan org Melayu di Melaka seiring dgn negeri2 pantai barat Semenanjung. Melaka ini sebuah negeri yg kecil dan kedudukannya yg dkt dgn Johor, N9 dan Selangor dgn sendiri pemikiran rakyatnya berbeza dgn rakyat negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Di negara kita ada 4 parti dominan iaitu UMNO, PAS, DAP dan PKR yg mempunyai pengundi setia yg sukar diubah minda mereka walau apa isu melanda.
UMNO menguasai pengundi di kalangan org Melayu yg agak rasis, PAS pula mengusai Melayu ekstrimis agama sejak dulu lagi. Dtg la apa isu kedua penyokong parti ini tidak akn peduli. Bagi penyokong mereka parti itu agama bukan sekadar wadah.
Manakala DAP sejak berlakunya Reformasi 1998 mereka mula menguasai pengundi Cina setelah sekian lama dikuasai MCA dan Gerakan. PKR pula mengambil alih menguasai Melayu bandar dan kelompok profesional di kalangan org2 Melayu, Cina, India dan kaum2 Bumiputra Sabah dan Sarawak.
Jika melihat kekuatan di Melaka, agak seimbang tapi sedikit kelebihan kpd UMNO dan PAS kerana sentimen perkauman masih menguasai 60% penduduk Melayu Melaka.
Ini kerana pengundi di negara kita memilih persepsi bukan realiti (fakta). Jadi dlm kempen kali ini PH kena bersepadu isu2 penting yg perlu dimainkan. PKR dan Amanah perlu fokus kpd kawasan Melayu. Di kalangan pemimpin DAP juga perlu bantu kawasan Melayu menjelaskan tohmahan perkauman yg dimainkan lawan.
Peluru sgt byk utk menyerang lawan. Sebab itu sya katakan PH perlu media bersepadu utk kempen pilihanraya. Jika PH kalah pada PRN Melaka ini faktornya 60% kerana perkauman dan wang. Manakala 40% kerana kegagalan media atau penerangan dan komunikasi PH sendiri.
Nak beritahu tolong dlm kempen jgn sebut kleptokrasi di kalangan pengundi Melayu. Sebut sahaja salah guna kuasa, mencuri duit rakyat, penipuan PAS menjual agama,double standard antara kayangan dan marhaen dan beberapa isu yg org Melayu mudah faham dan suka mendengarnya.
Nak sebut kleptopkrasi boleh di Shah Alam, PJ, Sri Hartamas, Damansara dan KL. Lihat PAS tak perlu nak cerita bagaimana utk bangun ekonomi... penceramah mereka naik pentas mulakan dgn doa, hentam DAP dan baca hadis lebih kurang terpukaulah Melayu mendengarnya.
Bagaimana bentuk kempen yg diperlukan? Tunggu saya kan turun ke Melaka nanti Insyallah. Saya akn turun 2/3 kali ke sana nanti. Strategi ini pun jika ada pimpinan sudi mahu mendengarnya nanti.
Jika tidak, saya sekadar memerhati dan beri sokongan moral sahaja sambil cuti-cuti Malaysia ke bandaraya Melaka. Boleh tuntut janji hubungi rakan2 FB yg berjanji mahu belanja makan ikan bakar di Umbai😂


No comments: