Siri Senandung Reformasi DIA ABAH DEN

 

May be an image of 6 people and text




Tebalnyalah Kulit Muka Semuanya.

Mempertahankan Maruah Melayu

menyemai benih dendam di ladang kesumat

Mempertahankan Maruah Melayu

membaja kemunafikan tanpa ada rasa malu

Mempertahankan Maruah Melayu

berhuma amarah kebencian nanti tuailah darah

Mempertahankan Maruah Melayu

Mempersenda Melayu bijaksananya dianggap dungu

Yang dungu adalah Melayu Lembu Pawah makan dedak

Yang bangang adalah Melayu pengampu yang merapu

Yang tongong adalah Melayu pencium tangan bossku

Melayu sedemikian

bolehlah diperkononkan dikongkalikongkan

Melayu sedemikian

Bolehlah Zainal Keling kelentong ajar goreng kangkung

Melayu sedemikian

Bolehlah sang sifu amanat ancam nak sunatkan sekali lagi

Melayu sedemikian

Bolehlah sang tua lidah tiga perkununkan perbangangkan

Akan tetapi

bagi Melayu yang bermaruah

bagi Melayu yang taat kepada Allah

bagi Melayu yang menjunjung nilai murni

bagi Melayu yang cerdik bijaksana bijaksini

bagi Melayu yang minta rezeki dari Allah bukan dari rasuah

bagi Melayu yang menyembah Allah tidak menyembah bedebah

bagi Melayu begini

sekaliannya yang Melayu bermurni hati berhemah berbudi

bagi kami sekalian yang Melayu yang tidak bodoh macam lembu

Maruah Melayu Tidak Perlu dipertahankan

Kerana Maruah Melayu di kalangan kami

Jitu indah kami julang dengan megah

kerana kami adalah Melayu bijaksana

pandai menimbang bijak berkongsi bahara

Maruah Melayu Kami amat mulia amat terhormat

Rasa megah gagahnya Maruah Melayu

di kalangan kami yang bermaruah telah kami terjemahkan

melalui undi dalam PRU 14 yang keramat dan abadi itu.

Mempatahankan Maruah Melayu

pekampungan Melayu yang memperkununkan Melayu

perhimpunan Melayu yang sedang dimahkamah-rasuahkan

perkumpulan Melayu

yang bohong bila berbicara

yang mungkir bila berjanji

yang khianat bila dipercayai.

Begitulah selamba badak terpekik melalak.

demikianlah takde rasa malu langsung

tebalnyalah kulit muka semuanya.

yassinsalleh

9.10.2019

Bukit Tugu Negara

Hak Cipta © 2019 yassinsalleh

Semua Hak Terpelihara.

 

No comments: