APA KATA AZIZ BARI BERHU8UNG PENGAMPUNAN TERHADAP ANWAR IBRAHIM.


MSO

Malam tadi sdr Kamal Amir Kamal Hijaz masih mempertahan pendapatan berhubung pengampunan yang diperolehi Anwar Ibrahim. Isunya bagi pendapatnya Anwar tidak layak untuk jadi PM kerana tidak mendapat pengampunan penuh.

Kenyataan Kamal Amir itu mengelirukan, apa lagi dalam masa sama beliau menjaja nama Tengku Razaleigh Hamzah bakal jadi PM interim.

Saya bukan pakar perlembagaan, dan cetek pengetahuan dalam bidang berkenaan. Saya hanya wartawan dan penulis yang satu profesyen dengan Kamal Amir. Bezanya saya tidak menjadi ahli parti mana-mana, berbeza dengan kawan saya itu, dia adalah ahli Umno.

Untuk mendapat pencerahan berhubung isu pengampunan itu saya telah menghubungi Ybgh Abd Aziz Bari yang dikenali sebagai pakar pelembagaan. Renung dan sama-sama dengar apa yang ulasan berhubung hal itu.

Ini soalan saya kepada Abd Aziz Bari.

[Salam Prof minta pencerahan sikit berhubungan pengampunan yang diterima oleh Pak Sheikh. Ada pendapat mengatakan beliau tidak mendapat pengampunan penuh maka beliau tidak boleh dilantik sebagai perdana menteri. Sejauh mana kenyataan ini benar?

Dan apakah pengampunan penuh itu tidak diperlukan untuk membolehkan beliau jadi ahli Parlimen? Pohon pencerahan sebab subjek ini jadi perdebatan siki. Wasslam.]

[Jawaban Prof Abd Aziz Bari

.

[13:49, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Tak betul.

[13:49, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Secara mudahnya kuasa pengampunan adalah prerogatif Agong.

[13:50, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Ia tidak boleh disemak oleh mahkamah.

[13:51, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Ia adalah sesuatu yang subjektif sifatnya.

[13:51, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Siapa kata Pak sheikh tak dapat pengampunan penuh.

[13:52, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Dia sudah pun jadi ahli parlimen

[13:53, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Mereka yang mempersoalkan keabsahan pengampunan itu sepatutnya berbuat demikian sebelum Pak Sheikh bertanding di port Dickson.

[13:53, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Sekarang sudah terlewat

[13:54, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Sudah ada kes sebelum ini, satu kes senjata api yang permohonan pengampunan ditolak

[13:55, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Pemohon itu mempersoalkan pengampunan kpd bekas menteri Mokhtar Hashim

[13:56, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Prinsip nya di sini ialah mahkamah enggan melayan cabaran itu dgn mengatakan kuasa pengampunan di tangan Agong tidak boleh disemak oleh mahkamah.

[13:58, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Persoalan nya adakah wujud pengampunan separuh atau tidak penuh.

[13:59, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Ada juga pengampunan hukuman mati kepada penjara seumur hidup.

[13:59, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Apa pun pihak penjara ekoran dari pengampunan itu yang bebaskan Pak Sheikh, bukan dia lari keluar.

Trims.

 

No comments: