RAKYAT PANIK, PEMIMPIN BERCUTI KE SANA SINI

 

Bijak carta kes seharian dimainkan



May be an image of text that says "STATUS TERKINI COVID-19 MALAYSIA KES BAHARU MENGIKUT NEGERI KEDAH 13.7.2021 497 PERLIS ប IENTAMINDINDAMLINIA 0 KELANTAN 211 P.PINANG 234 TERENGGANU 93 LABUAN 60 PERAK 329 SELANGOR 5,263 N.SEMBILAN 1,033 K.LUMPUR 1,521 PAHANG 321 PUTRAJAYA 77 MELAKA 323 SABAH JOHOR 239 406 SARAWAK 472 Jumlah kes baharu 11,079 Jumlah hkeseluruhan kes 855,949 SUMBER:CPRCKEBANGSAAN SUMBER CPRCKEBANGSAAN comms@moh"


Carta harian ini berlegar di wall media sosial. Akhirnya rakyat semakin panik. Ia kita patut panik kerana ramai yg mati. Tapi adakah kita melihat pemimpin2 kita panik atau merana seperti kita?

Situasi kita sgt teruk walaupun sudah setahun lamanya. Penduduk kita bukan seperti India cecah angka billion, Amerika 300 juta, Indonesia 250 juta yg sukar dikawal... tetapi mengapa kita begitu teruk? Itu persoalannya skg.

Ya rakyat sudah berkorban utk PKP, PKPP, PKPD... hilang keluarga terdekat samada kerana Covid atau bunuh diri, hilang pekerjaan dan perniagaan... berdisiplin memakai, tidak bertemu keluarga berbulan malah ada bertahun... apakah ia masih salah rakyat?

Bagi saya carta ini tidak harus dipersembahkan kpd rakyat. Singapura khabarnya sudah tidak menghebahkan lagi... malah negara2 lain hanya menunjukkan carta jumlah vaksinasi dan mereka yg sembuh sebagai psikologi rakyat jgn panik. Yg patut kerajaan lakukan skg ialah segerakan vaksinasi.

Mengapa jgn timbulkan suasana panik? Sebab pemimpin tidak panik. Pemimpin boleh bawa keluarga bercuti ke Turki, Paris, Mesir, NZ, bawa janda ke sana sini dan malah boleh bernikah di kala rakyat ramai yg bunuh diri kerana hilang punca pendapatan.

Mereka simpan kita di dlm rumah mereka bebas ke sana sini berseronoo dgn keluarga dan wanita idaman. Khabarnya juga sibuk project direct nego ratusan juta, sibuk berikan pangkat sana sini gunakan wang rakyat... mereka tak ambil peduli pun sebenarnya atau mereka tak panik pun.

Mereka asyik dgn projek dan bagaimana mengekalkan kuasa, mereka lupa utk menyediakan kelengkapan hospital utk Pandemik ini. Mereka lupa utk uruskan dgn baik persiapan pandemik ini.

Hari ini carta ini keluar ramai yg terkejut dan panik... bijak kerajaan.

 

No comments: