Ordinan Darurat (kuasa-kuasa Perlu) 2021 MENGHALANG Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Dipanggil???

 



SAIFUL IZHAM


Ordinan Darurat (kuasa-kuasa Perlu) 2021 MENGHALANG Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Dipanggil???

###########################

YAB MB Kedah nampaknya kenalah belajaq rujuk pada yang lebih arif dulu sebelum menjawab tak tentu hala. Satgi rakyat hat tak tau, boleh tau yang MB Kedah tak berapa tau apa yang dia dok kata dia tau... Description: 😁

Saya terbaca satu tajuk dan kandungan berita (bukan jenih baca tajuk saja, dah tau semua) di portal harakahdaily bertarikh 13 Julai 2021, yang agak menarik isi kandungannya. Ianya sebuah artikel yg bertajuk “Sanusi Jawab Desakan ADUN PAN”.

Laporan berita tersebut dikatakan memetik penyataan yang dikatakan dikeluarkan oleh YAB MB Kedah, sebagai menjawab desakan sorang adun dari Kedah untuk dia (MB) segera panggil Dewan Undangan negeri Kedah bersidang.

Saya tak dengaq seniri Jawapan YAB MB Kedah, dan tak jumpak la lagi video kenyataan beliau, atau mana-mana kenyataan rasmi beliau, tapi bergantung sepenuhnya pada kandungan artikel tu, yg saya lampirkan disini untuk rujukan.

YAB MB Kedah dilaporkan berkata “… Kita masih tertakluk di bawah Ordinan Darurat 2021 sehingga 1 Ogos 2021,” dan dia suruh ADUN berkenaan utk merujuk kepada undang-undang berkaitan di bawah Proklamasi Darurat 2021. Saya lampirkan gambaq infografik FAQ yg dia guna pakai, sepertimana yg dipaparkan pada artikel Harakahdaily tu.

Jawapan beliau hanyalah semata-mata bersandarkan kepada Seksyen 14 dan 15 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 dan beberapa seksyen lain yg beliau fikirkan relevan untuk menyokong pendirian beliau. Saya malaih nak ulaih panjang sangat, pasai kalau saya nak ulaih panjang sangat pun, satgi jadi kelas undang2 la pulak.

Ringkasannya, saya nak habaq kat MB Kedah ni, bila masuk bab teknikal perundangan, panggey la YB Penasihat Undang2 Negeri, atau mana2 peguam parti. Jangan pakai dok ulang sebut dan ratib beberapa seksyen saja utk jadi alasan tak mau bukak sidang DUN Kedah.

Memanglah betoi, secara umum seluruh negara, termasuk lah Kedah berada dalam situasi darurat sepertimana seksyen2 yg dirujuk, iaitu di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, tapiiiiiii, MB kena tau jugak bahawa di bawah Ordinan yg sama, ada beberapa sub-seksyen lain, iaitu secara lebih spesifik, Seksyen 15(1)(b), yang memberikan kuasa untuk mana2 DUN dipanggil bersidang walau pun dalam tempoh darurat.

Seksyen 15 (1)(b) kata :

“Dewan Undangan Negeri hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Raja atau Yang di-Pertua Negeri yang berkenaan”.

Nak bagi mudah paham, Seksyen ni kata, mana-mana DUN boleh dipanggil bersidang dalam keadaan darurat.

Nak bagi senang paham lagi, saya cuma nak habaq bahawa Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, secara umum bagi kuasa pada kerajaan negeri untuk tak panggil sidang DUN, tapi ianya TIDAK MENGHALANG untuk sidang DUN DIPANGGIL, asalkan kaedah perjalanan sidang DUN tu disesuaikan dengan suasana DARURAT POLITIK (terma saya seniri) macam dok ada la ni.

Caranya?

Mudah ja. YAB MB boleh buat mcm dok buat selalu, bolehlah pi mohon sembah mengadap Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Kedah untuk tentu kan dan dapat perkenan tarikh2 DUN nak bersidang. Lepaih dapat tarikh tu, dia bolehlah pi bawak mengadap Ke Bawah Duli Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong pulak untuk dapat perkenan. Mudah kan? Bukan payah mana pun.

Ikut la mcm kerajaan pusat buat baru2 ni, guna Seksyen 14(1) (b) untuk memanggil Parlimen bersidang bermula 26 Julai 2021.

Kena ingat naaa, tarikh 26 Julai tu, kita masih dalam tempoh darurat dan Ordinan Darurat (Kuasa2 perlu) 2021 masih terpakai. Jangan buat2 lupa pulak!!!

Makanya, kalau Parlimen pun boleh dipanggey bersidang waktu darurat ni, takkan la sidang DUN Kedah tak boleh??

Saya nak habaq ni, lain kali, nak petik bab undang2 ni, panggey la kawan2 sama. Upah nescafe tarik segelaih pun jadi la. Bukannya mahai mana pun kalau tanya kawan2.

Tok sah dok pakai petik merata. Nanti malu kat orang. Ni nak jaga satu negeri Kedah laaa, bukannya nak bela kambing sekandang. Penasihat Undang-undang negeri Kedah pun ada. Free ja, bukan kena bayaq asing punnn...

Fikir2kanlah... Description: 😁

Saiful

Part time loyar buruk,

Full Time gembala kambing

https://harakahdaily.net/.../sanusi-jawab-desakan-adun-pan/

 

No comments: