Nak beli masa? Sedang cari dalil baru? Sembang Bersama HANIPA MAIDIN / July 28, 2021

 



Soalan panas, “YDPA dah bagi perkenan ke YB?

Boleh dikatakan, saya dibanjiri oleh soalan cepu emas ini di Parlimen dan di luar bangunan Parlimen:

“YB, YDPA dah perkenan ke pembatalan semua Ordinan Darurat yang YB Menteri umumkan tu?”

Saya jawab lebih kurang beginilah:

“Jika YDPA sah dah tandatangan dan perkenan pembatalan tersebut, adakah Gomen Tebuk Atap ni akan berdiam diri, tunduk dan tawaduk dalam Dewan dan tidak bermegah tunjukkan atau pi goyang-goyang bukti perkenan YDPA tersebut dalam Dewan? Dan adakah RTM dan TV3 tidak akan berpesta siar benda tu, mungkin setiap jam kot selama beberapa hari?”

Dan “Adakah depa akan TAKUT untuk jawab soalan mudah ini, “YDPA dah perkenan atau tidak?”

“Dan perlukah Tok Speaka berpusing-pusing seperti sedang ‘sesat jalan’ di round about. Tidakkah cara Tok Speaka jawab semacam sedang cuba “melindungi” Gomen Tebuk Atap dengan kata “biarlah YB Menteri jawab isu tersebut itu pada hari isnin hadapan? ”

Lepas tu, dia orang tanya lagi kata saya, “Awat depa hanya nak jawab soalan mudah itu hanya pada minggu hadapan, YB?

Saya jawab, “Maaf, saya tak tahu. Awak pula rasa mengapa?”

Dia orang jawab antaranya:

“Depa nak beli masa lah tu!”, “Depa sedang cari dalil barulah tu”, “Depa…” dan lain-lain. Macam-macam teori saya dengaq.

Saya tidak tahu, ya.Itu semua teori dan SPEKULASI pihak yang tanya saya, ya. Mungkin depa betui mungkin juga depa silap. والله اعلم

Apapun, kreatif sungguhlah rakyat la ni!

Anyway those who want to insult people’s intelligence are doing it at their own peril!

No comments: