KUALA LUMPUR – Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar didakwa tidak memperincikan kos pembelian vaksin mengikut jenama daripada syarikat pembekal di seluruh dunia.
Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, rakyat ingin mengetahui kos sebenar pembelian setiap dos vaksin Covid-19 mengikut jenama-jenama kerana ia melibatkan dana kerajaan.