APAKAH PERLANTIKAN DAN TINDAKAN MAHIADDIN MENEPATI PERLEMBAGAAN Tamrin Tun Ghafar

 APAKAH PERLANTIKAN  DAN  TINDAKAN  MAHIADDIN  MENEPATI  PERLEMBAGAAN



Tamrin Tun Ghafar 

Selasa - 27/07/2021
( 1 -  29 )


1.   Mengikut PERKARA  43  ( 2 ) ( a )  Agong  melantik seorang Perdana Menteri  yang pada HEMAT NYA  MENDAPAT  KEPERCAYAAN   MAJORITI  Ahli Dewan Rakyat 

2.  Yang menyebabkan bak kata pepatah : 

PAHAT  MASIH  BERBUNYI  
WALAUPUN  RUMAH
SUDAH  LAMA
SIAP 

rakyat  MASIH TIDAK  PUAS  HATI  cara pemilihan Mahiaddin itu dibuat ; rakyat juga BERHAK  TAHU  mengapa Agong  TIDAK  mahu  berjumpa  Tun Dr. Mahathir  selepas  DI TIPU  Mahiaddin  konon nya beliau sudah ada  cukup sokongan majoriti  -  ada 2 cara yang   SEPATUTNYA  dilakukan Agong  ketika itu : 

   i.  Berjumpa Tun Dr. Mahathir bagi mendengar  pandangan beliau 

   ii.  Jika tidak yakin maka Agong BOLEH  mengarahkan Speaker Dewan Rakyat  panggil satu Persidangan Khas  bagi MENENTUKAN  siapa yang sebenar  punyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat , maka berdasarkan itu baru lah membuat perlantikan 

3.  Sepatutnya  Agong  MENGGUNAKAN  PENDEKATAN ATAU CARA  Sultan Azlan Shah  ( Alfatihah )  apabila beliau melantik Zamri Kadir sebagai Menteri Besar Perak  yang baru menggantikan Nizar Jamaluddin 

4.  Seorang yang amat berhati - hati dan tulus dan  pernah menjadi Ketua  Hakim Negara , bagi berlaku ADIL  seperti SUMPAH  yang dilafazkan ,  telah menentukan  SETIAP  Ahli  Dewan  Negeri menyatakan pendirian dengan menurunkan tandatangan  mereka 

5.  Mengapa Agong  SETELAH  berbincang  DAN mendapat nasihat  Raja - Raja  Melayu  TELAH  DENGAN  SEBULAT  SUARA  MENOLAK  cadangan Kerajaan PN Mengisthiarkan Darurat  

6.   Mengapa pada kali kedua , TANPA  MEMPEDULI  DAN  MENGHORMATI  pandangan  dan nasihat  Raja - Raja  Melayu yang  lebih dewasa ,  berpengelaman  dan ada yang  mempunyai  akademik  yang lebih baik , Agong kali ini  BERSETUJU  pula mengisytiharkan BUKAN  SAJA  DARURAT  TAPI  PADA  MASA  YANG SAMA  BERSETUJU  MENGGANTUNG  PARLIMEN ? - ini juga menimbulkan  1001 soalan 

7.  Alasan  yang dimaklumlan kepada umum ikutan  tindakan tersebut ialah  bagi menangani penularan wabak COVID  

8.  Jika itu alasan nya MENGAPA  angka positif COVID  terus meningkat  dari hanya  beberapa ratus kini melebihi 17,000 sehari  dengan jumlah kematian melebihi 8,000 dan yang lebih dahsyat  lagi  lebih 1,500  telah bunuh diri ? 

9.  Apa kaitan penggantungan Parlimen dengan masalah COVID  sedangkan  tidak lama dulu , berjuta anak - anak dibenarkan ke sekolah ? 

10.   Mengapa sehingga hari ini  Komplek - Komplek dan kedai - kedai  Perniagaan  terus beroperasi , begitu juga lebih 50,000  kilang  dan perniagaan diberi pengecualian asalkan mengikuti  syarat - syarat  SOP  sedangkan  Parlimen yang dianggotai seramai 220 Ahli akhir nya selepas di tegur Raja - Raja Melayu  barulah dipanggil Bersidang , itu pun selama 5 hari sahaja dengan berbagai syarat di ketengahkan 

11.  SEBENARNYA  Perintah Darurat dan Penggantungan Parlimen ini tidak lebih dari MEMPASTIKAN  : 

   i.  Kedudukan Mahiaddin yang  TIDAK  ADA  MAJORITI   terus dikekalkan 

  ii.  Mereka BOLEH  lakukan  apa saja TANPA perlu  mendapat  persetujuan Parlimen  yang  sudah di gantung 

12.  31hb Julai  2021 adalah tarikh akhir Darurat namun Parlimen yang KONON NYA DI BENAR  BERSIDANG  selama 5 hari mulai 26hb Julai 2021  tidak ubah seperti  'Kambing Masuk Kandang' - soalan  dihadkan  dan segala usul  TERMASUK  undi tidak percaya tidak dibenarkan ; Speaker Azhar Harun dan abang beliau Idrus Harun , Peguam Negara  HANYA   seperti : 

     LEMBU  CUCUK
     HIDUNG 

mereka adik beradik yang dilantik Mahiaddin bertindak sebagai  hulubalang  mengawal pintu  dengan tombak dan keris 

13.   'SIDANG KHAS'  ini sengaja diadakan bagi MELAYANI  arahan Agong dan Raja - Raja TAPI  TIDAK  MELAKSANAKAN  ARAHAN  SEPENUHNYA - ini adalah sikap biadap dan kurang ajar Mahiaddin kepada Agong dan Raja - Raja  seolah - olah nak mencabar  'SIAPA  RAJA'  

14.   JIKA  BENAR  CUKUP  MAJORITI  MENGAPA  BERBELIT - BELIT  SEPERTI  LIDAH  BIAWAK -  MENGAPA  TAKUT ?  

15.  12 hari selepas Hussein Onn ( Alfatehah ) jadi Perdana Menteri  menggantikan Tun Razak  ( Alfatehah ) yang meninggal di London beliau telah memanggil Sidang Khas khusus untuk Undi Percaya / Tak Percaya terhadap beliau 

16.  Hanya dalam tempoh 3 hari sahaja Abdullah Ahmad Badawi  telah mendapat sokongan Parlimen sebagai Perdana Menteri baru menggantikan Dr. Mahathir - ini lah sikap dan sifat  GENTELMEN  bukan macam  PONDAN  TUA seperti Mahiaddin  

17.  Tengku , Tun Razak , Dr. Mahathir dan Najib tidak perlu melakukan nya kerana mereka dipilih rakyat melalui proses Pilihanraya 

18.  Sejak  MENIKAM  Tun Mahathir dari BELAKANG  dengan menubuhkan KERAJAAN  PINTU  BELAKANG   yang  GAGAL  ini , Mahiaddin   TERUS  MENGELAK  dari mengadakan Sidang Parlimen bagi MENGELAKAN  undi tak percaya 

19.  Bukankah  Agong , Perdana Menteri , Menteri - Menteri dan Timbalan TERMASUK  Peguam Negara dan Speaker MENGANGKAT  SUMPAH  BERLAKU  ADIL  DAN  MENJUNJUNG  PERLEMBAGAAN  ? 

KEMANA  HILANG NYA  SUMPAH  TERSEBUT  ?? 

20.  Bukan kah melanggar Perlembagaan  merupakan PENGKHIANATAN  kepada Negara ?  ;  apa HUKUMAN  kepada  PENGKHIANAT  NEGARA ? 

21.   Tidak ramai orang seperti  Syed Saddiq , Ahli Parlimen Muar  yang  SANGGUP  MEMPERTAHANKAN  PRINSIP  PERJUNGAN  walaupun diugut , di hina oleh makhluk katik  bergelar TMJ yang TIDAK  BERPELAJARAN  TINGGI  seperti Syed Saddiq dan HANYA  PANDAI  BERLAGAK  dengan kereta - kereta mewah  yang di import  TANPA  BAYAR  CUKAI  , sanggup  berhadapan dengan segala tuduhan SPRM  di Mahkamah 

22.  Ugutan  dan Pembelian Ahli - Ahli Parlimen  masih berterusan  bagi mengekalkan Mahiaddin namun taktik atau cara nya berbeza 

23.  MAHIADDIN  SEMEMANG NYA  TIDAK  ADA  MAJORITI  

24.  PERKARA  43 ( 4 ) 

Jika Perdana Menteri  Tidak Lagi Mendapat  Kepercayaan Majoriti Ahli Dewan Rakyat , Maka Perdana Menteri HENDAKLAH  MELETAK  JAWATAN.  

25.   TANPA  SEGAN SILU  kini Kerajaan PN  TELAH  MENCURI  idea Tun Dr. Mahathir  menubuhkan MAJLIS  PEMULIHAN  NEGARA  atau  MPN  bagi memantau PELAN  PEMULIHAN NEGARA  atau PPN  yang di wujudkan Mahiaddin secara tergesa - gesa ekoran cadangan  penubuhan MPN  

26.  Tindakan ini adalah susulan Menteri Kewangan  berjumpa Tun bagi mendapatkan nasihat 

27.  Tindakan ini MEMBUKTIKAN  2  perkara : 

  i.  PPN  yang ditubuhkan itu , bak kata Rafidah Aziz TIDAK  ADA  APA pun didalam nya 

  ii.  Bukti yang  AMAT  NYATA  Mahiaddin dan 32  orang Menterinya  ( yang terbesar di dunia ) TIDAK  BERKEMAMPUAN  berfikir  seperti Tun seorang ;  HANYA   YANG  MENCETUSKAN  IDEA  YANG  MAMPU  MELAKSANAKAN NYA 

28.  Ada kah Menteri Undang - Undang TELAH  DI ARAH  MENIPU  PARLIMEN dengan mengatakan Kabinet dan Perdana Menteri  BERSETUJU Ordinan Darurat  TELAH  ditarik balik mulai Rabu 21hb Julai 2021 , ini bagi tujuan MENGELAKAN  undi tak percaya , ATAU  Agong BERSETUJU  TAPI  BERDIAM  DIRI  SAHAJA ? 

JIKA  Agong  tidak dirujuk terlebih dahulu dan seterusnya memberi persetujuan beliau , ini bermakana SEKALI  LAGI  Mahiaddin MENIPU  Agong ;  PERBUATAN  INI  ' IS  VERY UNBECOMING ' , IA TIDAK  BOLEH  DI MAAFKAN 

29.  Terserah kepada Agong dan Raja - Raja  Melayu  sama ada  mahu  BERPELUK  TUBUH  dan MEMBIAR KAN SAJA  apa yang sedang berlaku  atau BERTINDAK  TEGAS  menyelamatkan Negara dan rakyat  dari TERUS  MENDERITA  - selain ALLAH  SWT  ,  rakyat juga MENGHARAPKAN    perlindungan Raja - Raja Melayu 

PISAU  BERADA  DI TANGAN
- KILL  OR  BE  KILLED 

YANG  PATUT  DI GANTUNG  IALAH  MAHIADDIN   BUKAN   RAKYAT  DAN  NEGARA 

Wassalam
Terima Kasih

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KE 12 OLEH KETUA PEMBANGKANG JAM 12 TENGAHARI 28 SEPTEMER 2021