Banding kes Covid atas nisbah penduduk, bukan canang Selangor tertinggi - Dr Dzulkefly

 \

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menolak klasifikasi yang sering dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menetapkan Selangor mempunyai kes Covid 19 tertinggi pada setiap hari.



Katanya, rakyat perlu diberitahu mengenai keadaan sebenar berdasarkan nisbah penduduk. Beliau memberi contoh penduduk di Selangor yang berjumlah 6.8 juta tidak sama nisbah jangkitannya jika dibanding dengan penduduk Wilayah Persekutuan Labuan hanya sekitar 100,000 orang.



"Jika 68 kes di Selangor, ia sama dengan satu kes di Labuan. Jika 100 kes di Labuan pula, ia sudah mencecah 6,800 kes di Selangor. Itu persoalannya, kes ini mesti dinisbahkan dengan penduduk.



"Jangan hari-hari dalam sidang akhbar, kata Selangor tertinggi sedangkan patut lakukan ujian seluruh negeri dan buat matriks yang tepat. Jangan memangsakan Selangor," kata Dr Dzul dalam sesi ucapan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, semalam.



Selain itu, Dr Dzulkifly juga menyelar Kerajaan Persekutuan yang sering menyalahkan Kerajaan Negeri kerana gagal mengawal Covid.



Tegas beliau, kuasa Kerajaan Selangor dalam bidang kesihatan hanyalah sebagai pelengkap kepada kuasa persekutuan dan tidak boleh mengambilalih peranan petugas perubatan persekutuan untuk diletakkan semua beban kelemahan kepada Kerajaan Negeri.



"Kesihatan adalah kuasa Kerajaan Persekutuan. Itu kita sedia maklum



"Kalau terbaik pun at best Kerajaan Negeri, Exco atau kalau di Sabah dan Sarawak Menteri Kesihatannya hanya boleh memainkan peranan complementary dan supplementary sahaja. Selama ada kerjasama (pusat dan negeri) yang baik," katanya lagi.

 

No comments: