Parlimenlah tempatnya untuk berbahas segala isu terkait kepentingan negara. Parlimenlah tempatnya untuk berpolitik.
Parlimenlah tempat untuk berbincang dan berbahas bagi menghasilkan solusi terhadap segala permasalahan pentadbiran negara.
Parlimenlah tempatnya untuk kita mendapatkan segala jawapan bagi pengurusan negara.
Parlimen bukan sekadar mendengar taklimat Menteri. Itu boleh dibuat dengan menghantar emel. Atau edarkan sahaja fotokopi segala maklumat berkaitan.
Kalau di bilik kuliah pun kita marah kepada mahasiswa yang sekadar baca nota ketika membentang, apatah lagi dalam soal kepentingan negara begini?
Bisinglah. Menjeritlah. Tekanlah. Asalkan jawapan untuk kepentingan rakyat dan negara dapat dipenuhi.
Netizen yang mengutuk itupun banyak yang buruk perangainya daripada yang dikutuk.
Cuma dia tak jadi Ahli Parlimen saja.
Kita semua setuju Parlimen bukan sarkas. Dan Parlimen juga bukan muzium.
Tetapi bagi sesetengah Ahli Parlimen, Parlimen hanya seperti sekolah petang, suka dia datang, tak suka dia ponteng memanjang.
-Sahul HM-