Jangan layan doktor rawat Covid-19 macam penjenayah – Saifuddin

 By Mohd Zaini Samsu Hadi - 28 July 2021


MGF31102019_SIDANG-PARLIMEN45


KUALA LUMPUR – Pembangkang mahu penjelasan berhubung siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap seorang doktor yang didakwa diambil keterangan selama empat jam malam tadi berhubung Hartal Doktor Kontrak.

Perkara itu dibangkitkan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu – (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memberitahu, beliau dimaklumkan daripada seorang peguam yang terpaksa bergegas ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, tengah malam tadi berhubung perkara yang sama.

Menurutnya, doktor tersebut telah disoal siasat selama empat jam di PKRC berkenaan dari pukul 12 malam hingga pukul 4 pagi.

“Saya tersentuh bila mendengar bagaimana seorang peguam pagi tadi terpaksa bergegas ke MAEPS sebab pengarah PKRC itu buat aduan masa hartal oleh doktor, dia buat laporan polis.

“Polis siasat doktor itu pukul 12 malam..berapa lama dia siasat, empat jam sampai pukul 4 pagi…12 malam hingga 4 pagi..doktor itukan sedang bertugas untuk menguruskan pesakit…jadi satu perkataan sahaja yang saya nak kata intimidasi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin meminta agar para doktor yang sedang bertungkus lumus berjuang dalam mendepani penularan Covid-19 tidak layan seperti seorang penjenayah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gelugor, Ramkarpal Singh kemudiannya mencelah dengan meminta agar para doktor tidak diberi tekanan mental seperti itu dan menggesa agar perkara tersebut dipandang serius.

Beliau turut meminta penjelasan daripada kerajaan apakah amalan semacam itu masih digunakan pada ketika ini.

Penegasan Ramkarpal itu kemudiannya mendapat sorakan ahli Parlimen pembangkang yang menggesa pihak Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri supaya meminta maaf kepada para doktor.

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KE 12 OLEH KETUA PEMBANGKANG JAM 12 TENGAHARI 28 SEPTEMER 2021