Malaysia Tidak Ada Perdana Menteri


Oleh : Dr Nazmi Airil Osidea


1. Sejak Kerajaan Perikatan Nasional mengambilalih pemerintahan Malaysia, tidak ada perdana menteri (PM) yang berfungsi. Yang ada hanyalah seseorang yang menerima gaji PM tetapi tidak bekerja sebagai PM.


2. Mahiaddin menerima gaji dan elaun RM94 ribu sebulan. Sebagai balasan, dia hanya datang beberapa jam ke pejabat. Tidak ada sidang media kecuali perutusan yang kerapkalinya hanya dalam bentuk pdf. 


3. Mahiaddin juga menggunakan kedudukannya bukan untuk menyelesaikan masalah rakyat dan membangunkan ekonomi negara. Sebaliknya berkenduri jawatan sebagai rasuah untuk ahli-ahli parlimen menyokongnya. Ada juga kontrak mencecah bilion ringgit yang jatuh kepada ahli keluarga berkepentingan. 


4. Mahiaddin juga sebenarnya bukanlah orang yang layak menjadi PM, kerana ketika mengangkat sumpah, jumlah sokongan majoriti (bersama deklarasi bersumpah) adalah kepada Tun Mahathir dan bukannya Mahiaddin. Istana tidak mahu menerima mengadap walaupun sokongan ahli parlimen majoritinya kepada Tun ketika itu. Nama yang digunakan untuk mengangkat sumpah juga bukan nama sebenar yakni 'Muhyiddin'.


5. Cara operasi Mahiaddin, apabila negara dalam krisis adalah keluar seketika, bercakap tentang Makcik Kiah dan kemudiannya menghilangkan diri.


6. Ini berbeza dengan Mahathir yang pada masa pelbagai krisis negara pada masa lalu, laporan akan diwajibkan beliau sampai ke meja sebelum pukul 8 pagi setiap hari. Mahathir juga bermesyuarat setiap hari, memerah idea dari semua profesional dan melaksanakan semua idea baru dengan segera. Apabila menjadi PM kali ke-2, hatta kabinet belum ditubuhkan, dia sudah menjadi 'kerajaan' berseorangan di Yayasan Kepimpinan Negara dengan menggerakkan semua insitusi bersama penjawat awam terlebih dahulu sebelumpun kabinet sempat dilantik. Tidak seperti Mahiaddin, Mahathir bekerja 16 jam sehari dan sidang akhbar hampir setiap hari. 


7. Segala gaji buta atas tidak bekerja sebagai PM ada kifarahnya. Begitu juga tanggungjawab kerana merasuah kabinet 74 lembu kenyang yang juga 'hilang' dan tidak bekerja. Tidak berkat ringgit gaji yang diterima. 


8. Mahiaddin juga gagal apabila Menteri MITI, Azmin Ali membuka 'pintu belakang' ketika MKN mahu melaksanakan perintah kewalan pergerakan (PKP). Dia diam bila Ismail Sabri mengadu tentang tindakan Azmin yang akan mensabotaj PKP dengan membuka kilang-kilang sebegitu banyak. Kini terbukti kes melebihi 9,000 dan hospital-hospital Lembah Kelang telah menjadi medan bencana.


9. Mahiaddin adalah liabiliti negara. Negara tidak ada kepimpinan dan kapal Malaysia dibiarkan tenggelam tanpa Mahiaddin mengambil sebarang tanggungjawab.


10. Titah Tuanku untuk Mahiaddin memulakan sidang parlimen diperlekeh dan dipermainkan dengan rancangan sidang parlimen yang hanya 'hiasan tingkap' Kabinet kerajaan tidak boleh disoal dan dipertanggunjawabkan selain masa bersidang dihadkan. Hingga hari ini tiada sidang parlimen.


11. Bloomberg telah menyatakan bahawa Malaysia semakin hampir menjadi 'negara gagal' dan paling rendah peluang untuk pulih kembali. 


12. Jika Tuanku Agong dan Raja-raja Melayu sedar, mereka sudah dipermainkan oleh Mahiaddin dan kabinetnya. Tuanku harus berfikir orang yang ada pengalaman mengeluarkan Malaysia pada masa lalu dan tidak akan menjadi PM hanya untuk politik tetapi sebaliknya untuk menyelamatkan negara. Ramai yang mahu menjadi PM tetapi niat mereka untuk meneruskan rasuah, korupsi malah cita-cita peribadi. 


13. Malaysia hingga hari ini tidak ada PM. Yang ada hanyalah orang yang mendapat gaji PM tanpa perlu bekerja. Malaysia juga tidak ada menteri. Yang ada hanyalah orang-orang (74 semuanya) yang menerima gaji menteri tanpa perlu banyak bekerja.


No comments: