Istiqamah juga kan? Apa masalah?



SEMBANG BERSAMA HANIPA MAIDEN



Lebih kecaman daripada sokongan jauh sekali pujian.

Itu nasib dialami Nik Mohamad Abduh Nik Aziz apabila hantarannya di Facebook malam ini mendapat ‘sambutan hangat’ warganet.

Walaupun begitu, dilihat lebih banyak kecaman apabila Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu memulakan dengan ayat tanya berkaitan pegangan agama.

“Jika ditanya, ‘Apa kelebihan dirimu?’

“Jawablah, ‘Dalam lebih 4,000 agama di dunia ini, saya dilahirkan dalam agama Islam.

“Tiada lagi kelebihan selepas itu selain mensyukurinya,” kata adik kepada pemimpin AMANAH Kelantan, Nik Omar Nik Aziz yang sebelum ini merupakan calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) lalu.

Susulan itu, warganet yang umum dikenali sebagai kreatif dalam menggunakan kata-kata pedas bernada sindiran dilihat telah ‘berjemaah’ membanjiri ruangan komentar pada status Facebook tersebut.

“Kelebihan lowbuy (lebai)? Ada Mercedes. Boleh nikah online, cerai melalui WhatsApp dan lain-lain,” perli Nordin Salim.

Tindakan Pas bersekongkol dalam pembentukan kerajaan ‘tebuk atap’ Perikatan Nasional (PN) pada tahun lalu juga dilihat sebagai ‘kelebihan’ parti itu.

“Kelebihan dalam menumbangkan kerjaan yang dilantik rakyat,” tempelak Muhd Faiz.

Pengakuan Nik Abduh sebelum ini pula yang “boleh bercakap” dengan pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat juga dicuit netizen.

“Kelebihan diriku? Aku ada kawan agen CIA,” sindir Ahmad Shahir antara lebih 500 komentar di Facebook Nik Abduh selepas empat jam hantaran itu dimuatnaik.

Dulu dulu depa rajin baca ayat 112 surah Hud bila seru ahli-ahli bawah depa untuk laung “Istiqamah bersama Islam”

Maka dalam usrah, tamrin dan lain-lain, para ostad depa akan habaq, “Adik kakok, kita kena istiqamah dalam perjuange Isle yang dibawa oleh parti kita ni sebab kita adalah parti Isle adik kakok!”

Lalu beredarlah tin milo!

Maka digendangkanlah gendang Fastaqim 1.0, 2.0 dan seterusnya…

Sekali lagi tin milo beredar.

Lepas tu dilaungkan “Presiden kita difitnah di London adik kakok, kita kena istiqamah membela Presiden kita! Perjuangan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad…”

Tin milo terus beredar menjalankan tugas!

Tidak lama selepas tu, muncul laungan baru, “Presiden kita dah menang kes di London…”

Tapi yang peliknya walau depa kata dah menang, Presiden depa pula yang pi tarik balik saman dan kes tidak dibicarakan dan Presiden depa pula yang kena pula bayar kos kat Sarawak Report. Ni menang lagu mana? Saya yang Tok Loya pun tak faham.

Biasanya, orang menang dapat duit, yang ni 360 darjah berubah. Yang dikatakan menang pula yang kena pi keluaq duit.

Sekali lagi, tin milo istiqamah beredar dan diedar!

Lepas tu depa pi sokong dan bersama “Langkah Syairaton” pula, pi sokong, dukung dan boleh bersama gomen tebuk atap yang KHIANAT mandat rakyat walaupun atas kepala depa istiqamah berkopiah!

Pemimpin depa ada yang jadi menteri, timbalan menteri, duta khas dan lain-lain.

Tin milo berehat sebentar…

“RUU 355 bukan lagi aulawiyyat (keutamaan), judi nombor ekor dari 8 pi ke 22, sonyap sunyi suara menteri dalam Kabinet. Tak ada nak ugut, “kami nak keluaq dari gomen!”

Kini, apabila dah mula nampak gomen tebuk atap retak seribu, depa mula pi gendang “ISTIQAMAH menyokong PM”. Pulak doh…

Tak pasti lepas ni tin milo akan berkerja semula atau tidak.

Depa ni ISTIQAMAH lah mengedit penggunaan istilah ISTIQAMAH. Caya lah !