Orang ramai berjemaah jawab apa ‘kelebihan’ Nik Abduh, Pas
Lebih kecaman daripada sokongan
jauh sekali pujian.
Itu
nasib dialami Nik Mohamad Abduh Nik Aziz apabila hantarannya di Facebook malam
ini mendapat ‘sambutan hangat’ warganet.
Walaupun
begitu, dilihat lebih banyak kecaman apabila Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat
itu memulakan dengan ayat tanya berkaitan pegangan agama.
“Jika ditanya, ‘Apa kelebihan
dirimu?’
“Jawablah,
‘Dalam lebih 4,000 agama di dunia ini, saya dilahirkan dalam agama Islam.
“Tiada
lagi kelebihan selepas itu selain mensyukurinya,” kata adik kepada pemimpin
AMANAH Kelantan, Nik Omar Nik Aziz yang sebelum ini merupakan calon Pakatan
Harapan (PH) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya
Umum Ke 14 (PRU-14) lalu.
Susulan
itu, warganet yang umum dikenali sebagai kreatif dalam menggunakan kata-kata
pedas bernada sindiran dilihat telah ‘berjemaah’ membanjiri ruangan komentar
pada status Facebook tersebut.
“Kelebihan lowbuy (lebai)?
Ada Mercedes. Boleh nikah online, cerai melalui WhatsApp dan
lain-lain,” perli Nordin Salim.
Tindakan Pas bersekongkol dalam
pembentukan kerajaan ‘tebuk atap’ Perikatan Nasional (PN) pada tahun lalu juga
dilihat sebagai ‘kelebihan’ parti itu.
“Kelebihan
dalam menumbangkan kerjaan yang dilantik rakyat,” tempelak Muhd Faiz.
Pengakuan
Nik Abduh sebelum ini pula yang “boleh bercakap” dengan pihak Agensi Perisikan
Pusat (CIA) Amerika Syarikat juga dicuit netizen.
“Kelebihan diriku? Aku ada kawan agen CIA,” sindir Ahmad Shahir antara lebih 500 komentar di Facebook Nik Abduh selepas empat jam hantaran itu dimuatnaik.