KEH..KEH...WOIII DIA HINA RAKYAT...PATUT BALING SLIPER KE MUKA-DIA INGAT RAKYAT JALIL ....Timbalan Menteri Agama suruh istighfar kalau rasa sempit kerana PKP

 Timbalan Menteri Agama suruh istighfar kalau rasa sempit kerana PKP



لَزِم الاسْتِغْفَار، جَعَلَ اللَّه لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مخْرجًا، ومنْ كُلِّ هَمٍّ فَرجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ

“Barangsiapa yang melazimi istighfar, Allah S.W.T menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu ada kelapangan dan Allah juga akan mengurniakan kepadanya rezeki yang tidak disangka-sangka.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Rasulullah S.A.W yang maksum serta telah dijanjikan syurga akan beristighfar kepada Allah S.W.T sebanyak 70 kali sehari seperti yang terdapat dalam sebuah Hadis:

والله إني لأستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة.

“Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepadanya setiap hari lebih daripada 70 kali.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Beristighfarlah dengan Penghulu Istighfar seperti yang dikhabarkan oleh Nabi S.A.W dalam sebuah Hadis:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْشَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

“Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Aku di atas perjanjianMu dan janjiMu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepadaMu daripada keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepadaMu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang berusaha untuk melazimi istighfar. Semoga dengan amalan istighfar ini akan menurunkan rahmat Allah Taala, memudahkan urusan kita semua dan diberi keselamatan dunia dan akhirat sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Anfal ayat 33:

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ ۚ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

“Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”

YB USTAZ DATO’ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)


No comments: