Gempar! Muhyiddin setuju lantik Ismail Sabri TPM?

 


Gempar! Muhyiddin setuju lantik Ismail Sabri TPM?


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM telah mengusulkan kepada Muhyiddin Yassin untuk mengadakan pilihan raya umum sekitar Ogos dan melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri, jika Umno nekad keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional.

Sumber yang rapat dengan kepimpinan tertinggi PPBM menjangka sidang Parlimen diadakan Ogos dan “pada masa itu, akan jelas sama ada Umno bersama kita atau akan menarik sokongan terus daripada Muhyiddin.”

Bagaimanapun, menurut sumber itu, PRU-15 berkemungkinan diadakan terus tanpa sidang Parlimen, jika kemelut PPBM dan Umno terus meruncing.

“Semua ini belum boleh disahkan kerana kami masih berharap semua tiga parti Melayu (PAS, PPBM dan Umno) boleh bekerjasama,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata usul melantik Ismail sebagai TPM bertujuan untuk menarik sokongan ahli Umno kepada PN.

Selain Ismail, beberapa pemimpin Umno lain, seperti Shahidan Kassim dan Annuar Musa dilihat mesra PN dan PPBM.

Sumber itu berkata PN yang ditunjangi oleh PPBM dan PAS dijangka mengundang Umno untuk rundingan pengagihan kerusi ke arah menghadapi PRU-15.

“Kita menantikan mereka untuk (memulakan rundingan). Ketika ini rundingan mengenai kerusi hanya boleh di adakan antara PPBM, PAS, dan Gerakan,” kata sumber itu.

Hubungan PPBM dan Umno semakin keruh selepas Majlis Kerja Tertinggi Umno secara rasmi memaklumkan PPBM tiada kerjasama pada PRU-15, serta kebersamaan dalam kerajaan PN hanya sehingga Parlimen dibubarkan.

Dalam kenyataan balas, Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin, berkata partinya akan memberi tumpuan kepada memperkukuhkan kerjasama dengan rakan komponen PN. 



No comments: