DUNIA DUA ALAM TIDAK MUSTAHIL BERPAUT PADA DAHAN YANG KUAT.ITULAH RESMI LALANG DAN KUAT SEMBANG

 


Parlimen bubar: Tak mustahil PAS lari pada UMNO

Parlimen bubar: Tak mustahil PAS lari pada UMNO

PARLIMEN BUBAR : TIDAK MUSTAHIL PAS BERSAMA UMNO..

Aku jangka, Bila Parlimen di bubarkan.. PAS akan bersama UMNO.. Walaupun UMNO ni jahat, Dari sudut kebijaksanaan berpolitik aku puji mereka..ini yang takda pada kepimpinan PH kebelakangan ini..

Depa boleh saja tarik sokongan kepada PN mcm Bersatu buat pada PH, tarik sokongan Maka runtuhlah Kerajaan Muhyidin..Tetapi depa ada pertimbangan.. antara dua Mudharat..Depa tahu mana keutamaan.. Mana kesan yang lebih besar..

Sebab apa ? Sebab kalau Kerajaan Muhyidin runtuh, Apakah Manfaat kepada UMNO ? Boleh jadi jika Parlimen tidak boleh dibubarkan..Kuasa akan kembali kepada Tun Mahathir.. Atau jika sokong Anwar, Nasib dan masa depan UMNO jauh lebih teruk bila bersama DAP..

Tengok di Perak, Depa tahu, Peja kalau jatuh depa UMNO dapat manfaat..jadi diam diam depa buat kerja jatuhkan Peja bila tiba waktu yang tepat.. depa tak umum yang Peja akan jatuh sekian sekian..

Begitu juga PAS.. UMNO tahu manfaatkan depa bila tiba masanya.. nanti bila Parlimen bubar..tak mustahil PAS bersama UMNO..Hakikatnya Bersatu hanya nampak kuat dari kekuatan jentera PAS dan UMNO.. Yang menyebabkan sebahagian besar MP UMNO dan PAS pertahan Muhyidin hanya disebabkan kedudukan dan Kuasa yang dimiliki Muhyidin.. Itu jer..

Jadi apa yang dimahukan UMNO ? Sebenarnya mereka mahu segera Parlimen dibubarkan..Itu harapan depa terutama dan Najib.. dengan kuasa kembali kepada mereka dapat menyelamatkan mereka dari pintu Penjara.. Sokongan kepada Anwar atau PH hanya alat untuk bubarkan parlimen..Tu Lokman Adam sendiri mengaku..

Itu sebab Najib sejak awal cuba mengolah persetujuan Rakyat..Isu KWSP, Isu Moratorium sebagai persediaan modal Plihanraya untuk dtawarkan kepada Rakyat..Aku dah sebut sebelum ini.. Bila PM Tebuk atap benarkan pengeluaran KWSP tanpa syarat.. Tindakan PM tebuk atap itu sebenarnya mematikan Langkah Najib..

Biarpun orang seperti Najib tahu sebenarnya dengan pengeluaran KWSP akan memberi kesan dan melumpuhkan Ekonomi pada masa depan.. Tetapi masing masing ada kepentingan untuk dijaga.. Tapi apa depa peduli, Matlamat sendiri diutamakan..Muhyidin sebab nak pertahan kuasa..Najib dan Zahid nak selamat dari dipenjara..

Tapi ada kelebihan buat PH, Jika pertarungan ini berpanjangan.. Bila Ekonomi makin teruk.. Rakyat tertekan..Ia sebagai kelebihan buat PH.. Itu sebab aku pernah tulis sebelum ini, anya faktor kemelesetan Ekonomi yang boleh memenangkan PH..Itupun kalau PH bersatu..

Jadi biarpun Najib dan Muhyidin ni sama jahat.. sama licik dalam Politik.. depa tahu keutamaan.. Pelik bagi PH, Kalau aku tak dapat..Biar semua tak dapat.. standard budak kampung bergaduh dulu.. mcm PAS sebelum PRU 14.. depa akan lawan kat mana DAP dan PKR bertanding..Bukan sebab boleh menang.. Sebab nak kalahkan depa..UMNO menang takpa..janji hati puas.. Rupanya ada dalam PH ikut jejak PAS dulu..Tak berapa cerdik.. 🙂

Ipohmali


No comments: