[VIDEO] The last meeting 24 Februari 2020, peletakan jawatan Tun Mahathir

 


[VIDEO] The last meeting 24 Februari 2020, peletakan jawatan Tun Mahathir


THE LAST MEETING : EDISI 24 FEBUARI 2020 , PELETAKAN JAWATAN TUN

2 hari lepas ada sahabat PKR tag aku bila sahabat Mohd Mukhlis Mohd Sharif , Mengulas tentang buku bertajuk mesyuarat terakhr ataupun “The Last Meeting” mengisahkan tentang Langkah Sheraton..

Sahabat PKR tak henti henti tag minta aku tulis buku menjawab persoalan, Jujurnya aku belum baca, kalau ada edisi PDF boleh lah baca, Apapun.. aku tak pandai buat buku ni walaupun rajin menulis.. Dari menulis baik aku beri pandangan melalui video sebagaimana cerita UG PAS 6 tahun dulu.. jadi aku tunaikan hasrat depa melalui video..

Alhamdulillah, Untuk edisi 24 Febuari 2020, Sahabat aku dapat siapkan dalam tempoh 2 hari.. Nanti aku sampaikan dari permulaan 23 Febuari..Inilah pandangan aku tentang peletakan jawatan, dan bagaimana Kerajaan PH dan mandat rakyat digagalkan..

LANGKAH SHERATON EDISI 24 FEB 2020

1- Kenapa aku berbeza dari pandangan ramai, sebab aku tidak pernah terpengaruh dengan tajuk berita dan gambar, Sebagai contoh kononnya satu gambar pemimpin PH dirumah Tun digambarkan Pemimpin PH gagal bertemu Tun.. Ini adalah cerita dongeng dan Pembohong bagi menutup kesilapan..

2- Seawal 11 pagi, Sebelum perletakan jawatan Tun, Rombongan pemimpin PH sudah masuk ke kediaman Tun, Memang ketika itu Tun belum sampai.. Jelas dari laporan pertemuan itu berlangsung hampir 2 Jam..

3- Cerita dongeng yang pemimpin PH tidak dimaklumkan juga satu pembohongan, Hakikatnya dari kenyataan Ds Anwar dan Lim Guan Eng sendiri mereka berpuas hati dan mendengar sendiri hasrat meletak jawatan. malah dari kenyataan LGE sendiri tidak timbul soal transisi kepada Dr Wan Azizah..

4- Cuba perhatikan jawapan Ds Anwar yang disoal diluar pejabat PKR pada jam 12.30 tengahhari dan kenyataan rasmi DAP dan Lim Guan Engjam 3 Petang, Kenyataannya hampir sama, hampir senada..Tun kesal dengan pengkhianatan dan kerajaan pintu belakang, Dan Tun setuju untuk agenda Reform dan Prinsip diutamakan..

5- Lim Guan Eng sendiri mengakui, mereka sudah jelas alasan Tun meletak jawatan lalu memuji Prinsip Tun menolak kerjasama dengan UMNO secara Enbloc.. Kenyataan Lim Guan Eng itu jelas, Tidak ada bezanya dengan kenyataan Ds Anwar..

bagi aku, Soal Kerajaan perpaduan itu pun sudah dimaklumkan.. Itu sebab Anwar seperti teragak agak untuk menjawab apa yang cuba dilakukan tun..

6- Tindakan pantas DAP pada awalnya mencalonkan semula nama Tun Mahathir sebagai PM dan ingin membawa cadangan tersebut ke Majlis Presiden adalah tindakan dan strategi yang tepat untuk mempertahankan mandat rakyat. Begitu juga kenyataan Presiden Amanah Mohd Sabu dan Presiden Warisan.

7- Malangnya, Keputusan tiba tiba berubah pada malam tersebut.. memang benar, antara alasannya, seperti kenyataan facebook Lim Guan Eng kesokan hari nya mereka memberikan alasan Tun tidak mahu bersama konsensus untuk membina kerajaan dan memenuhi Manifesto PH, alasan lain PKR, Tun tak mahu hadir mesyuarat walaupun alasan telah diberikan Tun.

8- Pada tengah hari mereka setuju dengan kenyataan Tun akan meneruskan agenda Reform, berpegang kepada Prinsip menolak Rasuah dan Kelptokrat, Tetapi keesokannya kata tak setuju Manifesto PH, apakah semata mata soal cerita calon PM semuanya berubah ? jika itu sebabnya bagi aku ianya satu kesilapan..

Memang hakikatnya amat mustahil ketika itu untuk menubuhkan kembali kerajaan Ph sebab Ph suddah hilang sokongan..yan boleh menembalikan mandat rakyat..

9- Sebenanrya aku pada petang pengumuman PH menamakan Ds Anwar aku dan kritik keputusan tersebut, aku dah ulang banyak kali sebelum ini, Ds Anwar akan sukar melintasi pintu Istana jika dilihat dari krisis MB Selangor dan Langkah Kajang.. dan aku ada menyentuh soal kayangan..

10- Dan apakah faktor Ph terlalu yakin, terutama dari kenyataan Khalid Samad ? pada ketika itu, perangkap yang sama dilakukan agen dan wakil MP UMNO seperti mana surat Zahid pada september lepas ? jika dirujuk laporan Sarawak Report, Ds Anwar dapat 107 Sokongan, dan akhirnya peguam negara sahkan hanya 92.. Jika benar, ia satu kesilapan.

11- Jadi baru aku faham kenapa pemimpin DAP dan Amanah berbeza dengan pandangan PKR, Sebab mereka tahu apa yang sebenar yang berlaku. depa cuma mahu jaga air muka dan menutup kesilapan rakan mereka sendiri.. ini bahaya jika dapatkan penasihat yang salah..

12- Bila ada kesilapan, Perbetulkan.. Jangan buat cerita dongeng Tun tiba tiba letak jawatan, Pemimpin PH tak dimaklumkan, Pemimpin PH tak dapat jumpa Tun, bagi aku mengarut semua cerita ini.. Kalau ada kesilapan, mengaku saja, Jangan letakkan kesalahan sendiri kepada orang lain..

13- Ini Edisi 24 Febuari 2020, InsyaAllah selepas ini aku berikan pandangan dari perpspektif aku apa yang berlaku pada 23 Hb Febuari 2020. Jadi kita raikan pandangan berbeza.. ini hanya penilaian semula sejarah Langkah Sheraton sebagaimana sejarah Langkah Kajang. ini hanya untuk rujukan aku untuk waktu akan datang..

Selamat Menonton ” The Last meeting Edisi 24 Febuari 2020 ”

Ipohmali

Video Player
00:00
05:19

No comments: