Mahu tahu Umno benar2
ikhlas menentang kemungkaran kerajaan PN ni mudah je. Jangan dengar apa yg
mereka kata hari2 atau dengar dari keputusan mesyuarat mereka..
Selagi pemimpin Umno
masih bertenggek dalam rumah haram kjaan tebuk atap itu dan mereka makan masih
disuap oleh Bersatu, selagi itulah jangan korang percaya.
Umno cuma lantang
dimulut kononnya lawan kezaliman dan kecurangan kjaan Muhyiddin hanyalah satu
drama agar rakyat sangka Umno lah pejuang rakyat yg sebenar. Hakikatnya, mereka
masih berada dlm rumah haram itu walaupun ditempatkan di bilik stor belakang
saja. Berkokoklah sekuat mana pun, selagi kamu berada dlm stor belakang rumah
haram tersebut, kamu ingat Muhyiddin hairan? Muhyiddin tahu kamu takkan berani
untuk keluar dari stor busuk tersebut kerana beberapa pimpinan kamu ada
"problem".
Jika betul kamu tiada
problem atau kes, jika benar kamu memang parti keramat yang masih tajam
kerisnya yg dulu selalu kamu julang dalam perhimpunan agung, tunggu apa lagi?
Tunggu PRU15 yang entah bila? Mahu tunggu mereka haramkan parti kamu baru kamu
mahu terlompat2?
Rakyat melihat,
benarkah kamu serius atau PH yang lebih serius? Dalam PH, mereka yg ada masalah
boleh cabut keluar, tiada masalah dan kami teruskan lawan. Mengapa? Sebab,
pimpinan utama kami "no problem" sbb itu dia tetap lawan. Pimpinan
Umno? Bila mahu buktikan kamu lebih jantan dari Muhyiddin yang penakut untuk
adakan sidang parlimen itu?
Umno harus buktikan
mereka betul2 ada maruah, tidak seperti Pas.
WFAUZDIN NS