POSTED BY AMIR WRLR
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim
bertemu Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di Parlimen, pagi tadi.
Dalam kenyataan di Facebook, Anwar menyatakan pertemuan itu bagi membincangkan keperluan mengadakan sesi sidang Dewan Rakyat sebagaimana dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.
PH mengadakan mesyuarat di Ibu
Pejabat KEADILAN, dihadiri perwakilan ketiga-tiga parti komponen
"Dalam pertemuan itu kami membangkitkan keperluan mengadakan
sidang Dewan Rakyat selaras dengan kenyataan media Istana Negara tempoh hari.
"Seusai pertemuan, Majlis Presiden PH mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hasil pertemuan tersebut.
"Majlis Presiden juga menyentuh beberapa isu mutakhir serta persiapan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15," katanya dalam kenyataan berkenaan.