ANALISIS Oleh BORHAN AHMAD
MALAYSIA DATELINE
Ketika peringkat awal pembentukan kerajaan Perikatan Nasional
(PN), panggilan Abah telah diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri
Muhyiddin Yassin sebagai lambang kebapaan beliau kepada rakyat negara ini.
Beliau dianggap penyelamat kepada negara selepas serangan ke
atas kerajaan Pakatan Harapan berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh laskar
jihad Umno dan Pas.
Ketika itu, majoriti rakyat negara ini menerima Muhyiddin adalah
penyelamat. Apabila pakar komunikasi dalam kerajaan Muhyiddin memberikan beliau
gelarah ‘Abah’, ia diterima baik oleh rakyat negara ini.
Ia ditunjukkan dengan jelas dalam sosial media samada facebook
yang banyak digunakan oleh orang ramai, twitter (golongan kelas menengah)
maupun instagram (remaja).
Namun ia bertahan hanya beberapa bulan sahaja.
Seawal November 2020, kebencian terhadap Muhyiddin mulai dirasai
apabila kajian yang dibuat oleh twitter mendapati, 75.56% pengguna media sosial
itu membenci beliau.
Muhyiddin berada 15 peratus di belakang Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali, Timbalan Presiden PKR yang khianat, yang didapati oleh twitter sebagai
orang yang paling dibenci di Malaysia.
Azmin mendapat skor tertinggi iaitu 90.63 peratus posting yang
dibuat dalam twitter membenci beliau.
Selepas tiga bulan berlalu, apa yang dirasai oleh Muhyiddin
dalam twitter mulai dirasai dalam media sosial facebook pula. Ini bermakna,
media orang awam juga mulai merasai kebencian ini.
Perkara ini dinyatakan oleh peguam yang juga aktivis politik
DAP.
“Arus deras kini menghala kepada Abah dalam FB. Perlahan tetapi
pasti,” tulis Syahredzan Johan, Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang,
veteran DAP yang berkicau melalui twitter beliau.
Kenyataan Syahredzan disokong banyak pihak.
Syed Amirul Syed Edros menulis, “Konsep dia mudah je tuan.
Kebodohan lama-lama dihadapkan kepada orang ramai, pasti orang ramai muak juga.
Mapuh ko PN”
Muhyiddin yang sudah 39 kali keluar menerusi TV memberikan hanya
perutusan kepada rakyat juga diserang apabila beliau tidak sedia berdepan
dengan wartawan.
Banyak pihak mula menulis di facebook tentang perkara ini
termasuk tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin yang menulis tentang perkara ini
semalam.
Rata-rata orang ramai mengecam Muhyiddin Yassin susulan
perutusan khas Perdana Menteri bagi kerajaan hilang majoriti itu.
Muhyiddin dianggap mengumumkan kembali apa yang sudah
dibentangkan dalam Belanjawan 2021.
Lebih menyakitkan hati orang ramai apabila tiada tambahan
bantuan yang sewajarnya ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
kali kedua sejak 13 Januari lalu.
Kadir memetik penulis pojok Sinar Harian, Awang Paku Serpih yang
menulis:
“Menurut kawan-kawan dalam media, sejak Abah jadi Perdana
Menteri pada bulan Februari (ralat) tahun ini, dia tak pernah adakan sidang
media terbuka.
“Maksudnya dia tak pernah terima soalan daripada wartawan. Dah
tujuh bulan dia jadi Perdana Menteri tapi tak pernah sekali buat sidang media
dengan wartawan.”
Bagi bekas ketua pengarang kumpulan NSTP itu, dalam era media
interaktif hari ini, nampak janggal apabila ketua kerajaan tidak berasa perlu
atau tidak berkeyakinan berinteraksi dengan wartawan.
“Apatah lagi bagi seorang yang membahasakan dirinya “Abah”.
Kalau Abah, kenalah mesra dan kerap berinteraksi dengan anak-anak.
“Satu lagi, perutusan ini sudah jadi seakan-akan “proof of life”
kepada kewujudan beliau sebagai Perdana Menteri,” tulis Kadir.
lINK : https://malaysiadateline.com/kebencian-mulai-dirasai.../...