BARU FAHAM KENAPA RAKYAT MELUAT KERAJAAN INI


Hamdan Taha

 Hari ni saya dan isteri kena ke pasar untuk beli bekalan di kedai makan di putra height. Dalam fikiran tempat yang di tuju ialah pasar borong selangor di seri kembangan...


Dalam jam 8.30 pagi bergerak dari rumah dan lalu di puchung. Nampak di tapak pasar tani sepenuhnya kereta rupanya ada pasar tani....ramai betul betul orang ke pasar tani kami hanya lalu sahaja...


Lalu di pasar awam puchung juga kereta parking begitu banyak dan nampak orang berbaris untuk masuk ke pasar. Saya pun tanya isteri saya pasal apa ramai betul orang hari ni....macam bukan pkp dan darurat....dia jawap hari ni ahad orang cuti...saya pun terfikir betul lah ahad tapi ni musim pkp....dah tak ada makna langsung pkp rasanya...


Sampai dekat seri kembangan lagi mengejutkan saya ....Allah banyaknya kereta dari jalan nak masuk dah ada tiga barisan nak lepas dari ambil tiket parking...bertahun saya ke pasar ni belum pernah saya lalui nak masuk pun ambil masa 45 minit....ramainya orang....


Setelah 45 minit dapat lah masuk....tempat parking pun tak ada....saya pun bincang dengan isteri saya tunggu dalam kereta dia masuk secepat yang bole dan balik....setuju...dia pun keluar dan dalam tempoh 25 minit dah siap masuk kereta dan keluar dari kawasan itu....


Persoalan saya negara kita ni darurat dan pkp jenis apa....? Semua ni macam permainan bagi kerajaan yang bodoh membuat dasar....kedai makan tak bole makan....pub...kelam malam di benar buka...surau 5 orang jer boleh...jumaat tak boleh....


Pasar tani dan di pasar tadi isteri saya kata tak ada orang ikut pun sop ni...berimpit impit jer di laluan yang sempit....di jangka ada dalam 700 ke 1000 orang....kawasan pasar tu seluas masjid al falaq usj 9 jer....pasar tani pun sama juga....cerita jarak ni tak berlaku pun...jadi kedai makan ni satu undang undang sop bodoh jika tempat lain semua boleh...


Tengokkan cara hari ni saya yakin kerajaan tidak pun ada niat untuk mengurang kes harian covid.....covid di gunakan untuk kekal kuasa sahaja....ini semua kerajaan yang ada kerosakan di hati pemimpin....penipuan yang merosakkan negara....baru saya faham kenapa rakyat mula meluat


No comments: