DIAM YANG MENENANGKAN


Kaka Ida Abdullah


Apabila DSAI berkata dia tunggu sahaja bila Tun M akan serah jawatan, November pun dia tunggu WALAUPUN semua pemimpin PH dan umum tahu terma perjanjian ialah apabila DSAI keluar dari penjara diangkat menjadi PM kerana Tun M bidan terjun sahaja.


Di sini DSAI sudah menang sebagaimana beliau menang di 1998, secara moral masih mengatasi Tun. Pada yang mengenal permata akan faham yang kenal kaca lain la penafsiran mereka.


Dari awal saya mengatakan saya sangat menyokong sikap DSAI banyak berdiam berbanding dahulu. Beliau 'dapat' kali ini bahawa pertarungan beliau bukan dengan Tun M lagi TETAPI sebagai pemerhati, membiarkan Tun M mencari kebaikan dalam dirinya sendiri! Sekali lagi pada yang faham akan menghargai.


Tanpa DSAI menerajui, rakyat Malaysia bangun buat perubahan total menghumban pemimpin kleptokrat di PRU 14. Namun kesedaran telah dipasak selama 20 tahun oleh DSAI dan kemuncaknya ialah apabila DSAI dalam penjara dan rakyat mampu meneruskan legasinya WALAU cuba dipadam dengan kehadiran Tun.


Sekarang yang tercalar bukan DSAI walau masih dipaksa minda rakyat untuk berfikir liwat sedangkan kehidupan rakyat tenat dengan tahap pendidikan, kesihatan, kemaslahatan yang lebih menekan. Rakyat diajar supaya mengejar menjadi jutawan walau sebenarnya bukan itulah tujuan hidup insan dilahir dan campak di bumi khusus di bumi bertuah ini. Setiap orang jutawan dalam kerangka hidupnya walaupun biasanya jutawan dikaitkan dengan gaya hidup kemewahan.


20 tahun lalu DSAI telah menyedarkan dan berkali-kali beliau berpeluang menjadi PM namun apabila nasib rakyat diperjudikan, beliau mengambil tindakan menghuni penjara sendirian dan berkorban. Namun masa 20 tahun itu sudah cukup kesedaran yang diberi beliau. Kini giliran rakyat pula membuka minda dan hati melihat kebenaran sendiri dan membuat pilihan. 


Jika Tun M ingin membunuh legasinya sendiri, teruskanlah dengan berencana menyekat Anwar Ibrahim kerana Anwar telah berdamai dengan dirinya bahawa MASA ITU MILIK ALLAH DAN ALLAH SAHAJA TAHU WAKTU TERBAIK UNTUKNYA. Samada PM atau tidak Anwar Ibrahim tetap akan dikenang dan pastinya dengan legasi lebih cantik dari Tun M yang terlalu terikat dengan I Did It My Way sedangkan dia memimpin 30 juta rakyat!


Tun M diberi peluang kedua, namun dia tidak ingin tenang dengan Tuhannya dan terus berencana. Saya kasihankan dia. Diusia tua tatkala diberi peluang kenal Tuhannya dia memilih melawan menunjuk kehebatannya. Saya bersyukur kerana DSAI terus tenang kerana dia faham dan hidup atas kehendak Tuhannya.


Yang tak faham tu tak apa la... Yang faham tenang walau dalam keadaan apa yang melanda kerana ini semua cerita NYA sahaja. Kita stress kerana memikir kita yang terpaksa lukis sesuatu di kanvas putih.