LEBEL YANG BOLEH FIKIR..BUKAN LEBEL YANG TAKAASUB MACAM WALAUN...TU TAK BOLEH FIKIR....
BOB KELANANG
Sikap pemimpin Pas dan Umno yang kini berubah 180 darjah
berbanding sebelum menjadi kerajaan sangat dirasai oleh penyokong bawahannya.
Perkara ini turut diungkapkan oleh seorang penyokong
, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut, yang pernah mengisytiharkan
Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah pemimpinnya.
“Sebelum mereka dapat gaji puluhan ribu, sebelum mereka dapat
driver free, sebelum mereka berkuasa, sebelum mereka bermewah.
“Kami sokong BMF, dah sampai masa kita orang Islam bersatu,
ekonomi Islam wajib diperkukuhkan bla bla bla…” tulis beliau melalui
facebooknya hari ini mengenang kembali bagaimana kempen dibuat Pas dan Umno
untuk menyerang kerajaan Pakatan Harapan.
Namun, katanya, selepas menjadi kerajaan, ketika mereka sibuk
memberikan bantuan kepada mangsa banjir dan sebagainya, BMF atau Buy Muslim
First (utamakan barangan Muslim) sudah hilang.
“Waktu diaorang sibuk dan kalut hantar bantuan ke mangsa banjir
ada ke pergi beli di kedai BMF ??
“Berapa tan beras beli kat BMF? Berapa tan gula, tepung order
dari BMF?
“Berapa ribu paket biskut BMF dia orang order? Berapa ribu botol
air mineral BMF? Berapa ribu pek sabun basuh BMF?
“Rupanya bila dah berkuasa... BMF lah yang paling teruk
terkesan, perkataan BMF pun diorang tak berani nak sebut atau tulis, terkapai-kapailah
gang-gang BMF kat bawah…
“Ribuan gang2 BMF lingkup, ada dia orang datang?” kata Asri
marah.
Bagi beliau, Pas dan Umno sama sahaja perangai mereka.
“Hijau atau merah, bulan atau keris sama aje... kedua nya perlu
diingatkan…” katanya yang menulis dengan #tegursebabsayang
itu.
Tulisan Asri disahkan oleh rakan-rakan beliau dalam facebooknya.
Anuar Abdul Rahman misalnya menulis, “Tu la hakikat sikap dan
perangai sebenar olamak Pas... Asri Janggut baru sedar barangkali...”
Raja Kamarulzaidi pula menulis: “Baru kau tau kena kencing
dengan puak2 penunggang agama dan bangsa... semua sentimen tu hanya demi kuasa
politik semata... contoh mudah, kununnya ‘ulamak’ tapi sanggup bersekongkol
dengan penyamun dan pengkhianat…”
Abu Nizar pula menulis, “Lama dah kami sedar dengan puak2 tuu…
tuan baru sedar yaa…Alhamdullillah.”
Mohenjaro Aditya juga mempunyai pendapat yang sama apabila
beliau menulis, “Dah naik meluat dengan orang politik. Kecuali yang ada Taqwa
dan Amanah. Lainnya... Doonia belaka.”