JIKA TIDAK TUANKU, SIAPA LAGI YANG DAPAT MENYELAMATKAN MALAYSIA?


Kak Ida Abdullah


Sebagai rakyat harapan saya untuk nasib negara lebih baik  TIDAK saya sandarkan kepada empati Muhyiddin kerana dia seorang ahli politik yang sedang seronok dibuai kuasa yang tidak mustahil menjadi diktator! 


Saya faham bahawa selain PM, ada lagi yang lebih tinggi authority iaitu YDPA. Pada 1998 YDPA dan MRR, waktu itu, tidak membantu rakyat kerana perjuangan rakyat hanya ingin reform institusi yang dicemar Mahathir dan kabinetnya. Tetapi kali ini, sebagai rakyat saya sangat mengharap MRR dan YDPA campurtangan kerana kerajaan yang tidak sah keabsahan, apabila membuat keputusan BUKAN kerana empati rakyat tetapi kerana ingin berpaut kepada kuasa. Ini membahayakan rakyat dan negara. 


Saya berdoa MRR dan YDPA sedar senario sekarang amat berbeza. Tidak menyebelahi rakyat 23 tahun lalu menyebabkan setiap PM menyubur budaya rasuah. Rakyat yang menerima natijah. Setiap PM selepas Mahathir, tiada seorang pun yang cuba memperbaiki kerosakkan, hanya menambah sehingga Malaysia jauh ketinggalan. 


Seluruh dunia melihat bagaimana rakyat negara ini dilayan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi yang melebihi 1 orang. Rakyat bertanya, dunia bertanya tidakkah para pemimpin yang menghuni istana tidak rasa berdosa membiarkan pemimpin seperti Mahathir, Najib, Muhyidin yang bukan berketurunan diraja menganiayai rakyat Malaysia? Siapa mereka? Hanya rakyat biasa yang menjadi ahli politik yang berkuasa. Kuasa diperolehi pun dari undi yang diberi kerana mereka bertanding. Sebagai Presiden parti mereka diangkat ahli parti mereka sebagai Perdana Menteri. Malaysia sebuah negara demokrasi, sesiapa pun layak bertanding. Apabila menang, mereka mewakili SUARA rakyat, BUKAN suara nafsu sendiri!


Tidak kira siapa pun selepas Muhyidin, selagi institusi kerajaan tidak direform, setiap ahli politik yang menjadi PM kerana diangkat parti, BUKAN dipilih rakyat akan menyalahgunakan kedudukan mereka TANPA ehsan kepada rakyat.


Tuanku selalu berkata "kerajaan beta“, patik juga ingin mendengar Tuanku berkata "rakyat beta". Tuanku bukan setakat WAJIB tahu penderitaan rakyat TETAPI WAJIB mencampuri, menggunakan kuasa yang ada, untuk membela nasib kami dari seorang rakyat Tuanku, yang bergelar Perdana Menteri. Dia sama seperti kami, seorang dari rakyat Tuanku. Tidak wajar Tuanku membiar dia menganiayai kami sedangkan kami tidak memilihnya sebagai Perdana Menteri.


Sebelum saya mati, saya ingin rasa dan lalui suatu pemerintahan yang benar dan adil agar tidak saya mengadu di sana. Saya ingin keunikan Malaysia diterjemahkan bukan sekadar cerita. Seluruh dunia tahu Malaysia mempunyai 9 orang Raja dan PM seorang sahaja.


Malaysia negara yang mempunyai sistem Raja Berpelembagaan. Sebagai rakyat saya bangga dan ingin merasa nasib saya sebagai rakyat terbela dengan adanya 9 Raja mengawasi seorang Perdana Menteri sahaja. Sudah banyak negara di dunia yang merasai kemusnahan ADALAH kerana pemimpin tertinggi tidak memperduli nasib rakyat dan memperjudikan nasib negara. Jika Malaysia musnah, kami rakyat bukanlah penyebabnya.


Suara dan teguran kami tidak didengar malah kami akan mendapat gertakkan menakutkan, jika degil kami akan dicampak dalam kurungan. Akan kami dijadikan contoh sebagai kekangan kepada sebuah keberanian dan kebenaran. Sedangkan perasuah dan penggali khazanah negara ditakuti melebihi Tuhan.


Saya rakyat yang berdoa agar Allah merahmati negara dan rakyatnya. Saya juga mengadu dengan Allah akan mereka yang dianugerah sebagai pemimpin apabila gagal supaya dicabut kuasa dari mereka dan digantikan dengan yang lebih baik dan adil kepada rakyatnya.


Tuanku, sudah terlalu lama, sebuah negara Islam yang mengutamakan keadilan dalam pemerintahan lalai dengan amanah itu malah negara ini bangga dengan rasuah yang berleluasa sehingga terkenal seluruh dunia. Saya yang kerdil, tidak dikenali dunia berasa teramat malu menjadi rakyat Malaysia. Saya berasa hairan kenapa pimpinan negara selamba sahaja? Saya malu dan rasa berdosa memberi sokongan kepada rasuah dan kezaliman.


Saya berdoa agar Allah mencampak rasa ketakutan yang amat sangat dalam hati pemimpin-pemimpin yang gagal menggalas amanah. Itu sahaja yang dapat menyelamatkan mereka, saya, rakyat dan negara. 



No comments: