DEPA KATA TENGAH "MAIN TELOR"

 


Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu mabuk, mana suara walaun Pas?

Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu mabuk, mana suara walaun Pas?

Seorang penunggang motosikal maut setelah dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk di Jalan Persiaran Lestari Perdana pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.28 malam itu, kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun dari arah Puchong tidak memberhentikan kenderaan sebelum masuk ke bulatan Jalan Persiaran Lestari Perdana.

“Akibat daripada itu, Toyota Hilux berkenaan telah melanggar motosikal ditunggang mangsa yang sedang bergerak di bulatan berkenaan menghala Seri Kembangan.

“Mangsa kemudiannya jatuh di tempat kejadian dan mengalami kecederaan parah,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Azman berkata, siasatan yang dijalankan mendapati pemandu Toyota Hilux tersebut bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian, bagaimanapun suspek berjaya ditahan oleh orang awam.

Katanya, suspek kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Ujian pengesanan alkohol yang dijalankan mendapati suspek berada di bawah pengaruh alkohol melebihi kadar yang dibenarkan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.