POSTED BY AMIR WRLR
Kempen mengumpul dana untuk membeli peranti yang akan digunakan
oleh 500 pelajar di Kangar berjalan dengan lancar setakat ini.
Sejak Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad melancarkan kempen itu pada 1 Februari lalu, beliau berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM50,000 dan hasilnya dapat membeli 50 unit laptop berjenama Avita.
"Terima kasih kepada penyumbang kempen untuk sumbangan peranti kepada pelajar Kangar.
"Sejak dilancarkan pada dua minggu lalu, kami menerima sehingga RM50,000. Kini, kami sudah mendapat pesanan terawal 50 unit laptop untuk diserahkan kepada pelajar," katanya.
Justeru, Amin mengalu-alukan lagi sumbangan orang ramai untuk membantu pelajar supaya tidak keciciran pelajaran.
"Kempen ini masih berlangsung hingga 31 Mac, kita masih menerima sumbangan, setakat ini dapat pledge mencecah RM130,000.
"Insya-Allah kalau ada yang sudi menyumbang tak kira berapa banyak, sudi menyumbang kepada pelajar, kita anggap ini sebagai amal dan berharap dapat membantu pelajar yang kurang mampu," katanya.