Oleh: ISHAM JALIL
Dr. Mahathir, Tun Daim dan Kadir Jasin telah mula serang
Muhyiddin semalam.
Saya tidak sokong tiga serangkai ini atau empat sekawan termasuk
Muhyiddin tersebut.
Keempat-empat mereka sudah sepatutnya memberi laluan kepada
generasi baru untuk mentadbir Malaysia dan bukannya masih memalu gendang yang
lama.
Dua puluh tahun dahulu pada tahun 90an semasa umur saya dua
puluhan, mereka inilah yang telah menghuru-harakan negara dengan krisis ekonomi
dan politik dan sebagainya.
Zaman telah berubah. Namun kini setelah dua dekad berlalu,
mereka masih mahu rakyat Malaysia dan generasi baru kini untuk mengikut
telunjuk mereka lagi.
Saya tidak kisah Mahathir mahu menjatuhkan Muhyiddin, itu adalah
tabiat lamanya iaitu menjatuhkan orang lain terutama Perdana-perdana Menteri.
Prestasi Muhyiddin pun amat teruk sebagai Perdana Menteri.
Muhyiddin memang patut diturunkan.
Tetapi ini bukanlah sebab utama Mahathir serang Muhyiddin
sekarang.
Dulu Mahathir yang sokong Muhyiddin.
Sebab utama dia serang Muhyiddin sekarang ialah dia tahu
kedudukan Muhyiddin kini sedang goyah teruk dan tidak lagi boleh dipertahankan.
Jika Muhyiddin buka Parlimen, dia akan dijatuhkan.
Jika Muhyiddin bubar Parlimen, dia akan kalah pilihanraya.
Mahathir tahu jika Muhyiddin tidak diganti sebelum Parlimen
dibuka atau sebelum pilihanraya diadakan, puak-puak mereka akan kalah dalam
pilihanraya dan BN atau Anwar yang akan jadi Perdana Menteri.
Ini adalah mimpi ngeri buat Mahathir.
Dan jika ini berlaku, habislah tiga serangkai (Mahathir, Daim
dan Kadir) atau empat sekawan ini dan kroni-kroni mereka.
Oleh itu dia (Mahathir) fikir dia kena jadi Perdana Menteri
semula sebelum Muhyiddin mengaramkan kapal mereka dan mereka semua tenggelam
bersama.
Dan kini mereka berebut sekali lagi siapa nak jadi Perdana
Menteri.
Dalam sidang media baru-baru ini pun Mahathir telah kata niatnya
untuk jadi Perdana Menteri semula.
Mahathir bukan minat untuk mentadbir negara atau menyelesaikan
krisis rakyat.
22 bulan dulu kita sudah nampak hasil kerjanya.
Dia hanya mahu selamatkan dirinya, keluarganya dan kroninya
sekali lagi.
Kita sudah muak dengan politicking PPBM dan "penaung"
PPBM ini.
Kita perlu selesaikan krisis politik, krisis COVID, dan krisis
ekonomi ini segera.
Dan buka Parlimen untuk bersidang supaya pengurusan krisis dapat
dibincang dengan lebih telus dan berkesan dan supaya ada semak imbang kerajaan.
Tetapi Mahathir tidak boleh dibenarkan untuk hijack kerajaan
lagi.
Allah selamatkanlah Malaysia dari puak-puak (PPBM dan
bekas-bekas PPBM) ini.
ISHAM JALIL