MALANG BETUL NASIB PENYOKONG DAN LEBAI PAS...KENA SAMAN DAN BAYAR LAGI.

 


Mahkamah batalkan saman Kamarul terhadap Mujahid

Mahkamah batalkan saman Kamarul terhadap Mujahid

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini; 17/2/2021, telah membatalkan saman Kamarul Zaman bin Haji Yusoff terhadap Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Terdahulu, Kamarul Zaman telah memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Seri Dr Mujahid pada 28/7/2020 berhubung dengan tulisan bertajuk “Disiplin Ilmu Bukan Sentimen Murahan” yang ditulis oleh Dr Mujahid.

Dr Mujahid diwakili oleh En. Noorazmir Zakaria dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir dan Kamarul diwakili oleh En. Mohd Harris Mohan bin Abdullah dari The Law Office of Mohd Harris.

Encik Noorazmir ketika dihubungi berkata, anakguamnya telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Kamarul tersebut.

Ini kerana pada 19/6/2017, Dr Mujahid telah pun memfailkan saman fitnah terhadap Kamarul berhubung dengan satu artikel Kamarul bertajuk “Dr Mujahid Antara Kuda Tunggangan DAP Terbaik”. Di dalam prosiding saman 19/6/2017 tersebut, Kamarul turut memfailkan tuntutan balas terhadap Dr Mujahid berhubung dengan tulisan Dr Mujahid bertajuk “Disiplin Ilmu Bukan Sentimen Murahan”; iaitu tulisan yang sama yang dirujuk Kamarul di dalam saman fitnah pada 28/7/2020 ini.

Di dalam prosiding saman 19/6/2017 tersebut, Kamarul telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Dr Mujahid pada 21/11/2018 dan Kamarul juga pada masa yang sama telah menarik balik tuntutan balasnya itu sebagai penyelesaian akhir dan muktamad.

Oleh itu, menurut En Noorazmir, anakguamnya telah memohon untuk membatalkan saman Kamarul ini dengan alasan bahawa saman Kamarul ini adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana Kamarul bukan sahaja telah menarik balik tuntutan balasnya sebelum ini, malah Kamarul sendiri telah pun membuat permohonan maaf kepada Dr Mujahid.

Mahkamah hari ini turut memberikan perintah supaya Kamarul membayar Dr Mujahid kos berjumlah RM5,000.00.

Kes hari ini diputuskan oleh Yang Arif Dato’ Rozana binti Ali Yusof, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 



No comments: