SEMUANYA KERANA RASUAH

 Nama syarikat terlibat kartel daging haram didedah selepas pendakwaan

HAMDAN TAHA

Berkaitan daging import yang menjadi viral semenjak dua menjak ni. Sebenarnya perkara seludup makanan tidak halal di malaysia ni bukan baru berlaku tetapi dah lama dan ianya akan terus berlaku selagi ada pegawai yang terlibat dengan rasuah....maklum lah manusia..

Tetapi setahu saya yang di bawa masuk ke dalam negara kita ini lebih kepada ekor lembu,paru,perut dan bahagian dalaman lembu. Daging lain kurang di bawa masuk terutama dari china peru dan negara negara lainnya kerana harga daging ni mahal dan tidak boleh lawan harga daging dari india yang murah. Setahu saya daging dari brazil agentina dan cina sama sahaja mahal seperti daging dari NZ dan Australia.....

Tetapi ekor lembu dan part dalaman lembu bukan soal mahal tetapi keperluan yang tinggi oleh rakyat malaysia. Kebetulan perut lembu ekor lembu pula bukan makanan utama di negara negara tersebut termasuk tulang rusuk lembu....

Isi ayam juga antara yang di seludup dari cina dan negara negara tertentu kerana malaysia tidak banyak mengeluarkan isi ayam tidak bertulang. Di sebabkan semua restoran hotel dan kedai kedai tom yam memakai dengan banyak isi ayam maka pemintaan tinggi dan tidak mencukupi. Contoh restoran anak saya buat chiken butter sudah tentu isi ayam. Chiken chop...kita akan cari keluaran tempatan seperti ayam amas,pts dan beberapa jenama lagi. Tapi ada yang lebih murah adalah datangnya dari thailand.....tapi cop halal dia hanya cop sahaja....

Tetapi kedai tom yam yang di milik orang petani di malaysia dia akan pakai isi ayam yang konon datang dari thai,ekor lembu wajib tidak kisah datang dari mana....perut lembu...paru...dan semua jenis isi dalam kerana kedai kedai tom yam lah yang pandai makan makanan ini....mereka tak kisah pun tentang halal atau tidak....

Ini lah yang saya tahu serba sedikit....daging pula jarang di bawa masuk kerana tak mampu nak lawan harga daging halal dari india....