YANG INI AKU SOKONG SANUSI.BEBAS BERIBADAT TIDAK BERMAKNA SESUKA HATI PACAK RUMAH IBADAT..

 

MB Kedah tak akan bela rumah ibadat langgar undang-undang.Pacak ikut suka.Bina ikut mana saja ada busut,sampai depan hospital pun pacak.Dari kecil sikit sikit sampai jadi rumah besar....

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor. (Gambar Bernama)

ALOR SETAR : Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor tidak akan melindungi rumah ibadat yang melanggar undang-undang negeri itu daripada tindakan pihak berkuasa tempatan.

Sanusi berkata beliau tidak patut diminta memberi jaminan tidak akan berlaku perobohan rumah ibadat yang di dirikan tanpa mematuhi undang-undang berkaitan.

“Kalau saya jamin satu struktur tidak akan dirobohkan, padahal dibina atas tanah orang lain ataupun dibina di padang permainan kanak-kanak atau dibina di pinggir jalan menghalang lalu lintas, ia bertentangan dengan Akta Jalan Parit dan Tali Air (Akta 133).

“Macam mana seorang menteri besar boleh beri jaminan bahawa pihak tertentu boleh melanggar akta tersebut di negeri ini,” soalnya, menurut laporan Bernama.

Isnin lepas, sebuah gabungan badan bukan kerajaan Hindu dilaporkan menggesa menteri besar Kedah memberi jaminan tiada lagi kuil dirobohkan di Kedah sebaliknya dipindahkan jika perlu.

Pada awal Disember lalu, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah kerana dibina tanpa kelulusan MBAS dan tapak berkenaan hendak dibangunkan.

Perobohan itu mencetuskan perang mulut antara pemimpin MIC dan DAP dengan Sanusi yang mempertahankan tindakan MBAS.

Antara lain, Sanusi berkata MIC mahu bertindak sebagai hero murahan dalam isu perobohan itu kerana sudah tidak relevan.Beliau juga menuduh pemimpin DAP, P Ramasamy, sebagai “mabuk todi” kerana mengkritik perobohan kuil itu secara keterlaluan. tags: C


No comments: