Bayar RM3 bilion tapi mana pergi lebih 23 juta vaksin


Bayar RM3 bilion tapi mana pergi lebih 23 juta vaksin



Bekas pemimpin Umno, Datuk Zaharin Mohd Yassin mempersoalkan apa alasan kerajaan yang didakwa telah membayar RM3 bilion hanya untuk pembelian 10 juta dos vaksin Covid-19.

Sedangkan katanya, Belgium secara rasmi telah menyebut bahawa negara itu hanya membayar RM1 billion untuk 33 juta vaksin dari pembekal yang sama dibeli oleh kerajaan Malaysia.“Mana perginya lebih 23 juta vaksin itu? Dijual kepada siapa? Agaknya nak cari tabung politik menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Atau (mereka) membahagikan hasil rompakan ini. Macam Aziz Satar dan S Shamsudin dalam gua selepas merompak Istana Raja. Satu untuk kau, satu untuk aku,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu dilaporkan, Belgium telah membeli lebih 33 juta dos vaksin Covid-19 dengan harga keseluruhan €279 juta (RM1.38 bilion).

Jumlah berkenaan diketahui selepas seorang menteri Belgium secara tidak sengaja mendedahkan rahsia komersial sensitif berkaitan harga yang dipersetujui Kesatuan Eropah (EU) untuk vaksin Covid-19.




No comments: