Pengundi Ampang akan tolak Zuraida dalam PRU-15



Kenyataan Setiausaha Politik Zuraida Kamarudin, Nor Hizwan Ahmad yang mahu Pakatan Harapan (PH) menukar ketua pembangkang tidak perlu dipandang dengan serius kerana kedudukan Zuraida sendiri lebih membimbangkan.

Naib Ketua Wanita KEADILAN, Faizah Ariffin berkata Zuraida berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak stabil dan bila-bila masa sahaja boleh tumbang.

"Saya ingin menyampaikan pesan kepada Zuraida, ini mungkin terjadi kerana kerajaan yang ada sekarang sangat rapuh dan buktinya hanya mendapat 111 sokongan ketika mendapatkan kelulusan belanjawan 2021.

Malah, Faizah yakin karier politik Zuraida akan berakhir jika beliau bertanding sekali lagi di Ampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

"Ampang akan menyaksikan karier politik Zuraida akan disemadikan dengan tenang disitu kerana rakyat akan bangkit menolak beliau sekiranya dicalonkan semula pada PRU-15 akan datang.

"Pastinya calon baru wanita dari KEADILAN akan dipilih oleh rakyat Ampang dek kerana perbuatan jijik dan khianat oleh Zuraida sendiri," katanya.

Justeru, Faizah meminta Zuraida supaya bermuhasabah dalam perbuatannya.

"Zuraida ini bercakap terlalu bongkak dan sombong dalam percakapan. Saya kira Zuraida perlulah muhasabah diri semula.

"Saya ingin kongsikan sepotong ayat Al-Quran Surah Al-Imran, ayat 54 yang bermaksud;

"Allah merancang, kita juga merancang. Dan Allah sebaik-baik perancang."

 

No comments: