Takpe yang penting semua PIMPINAN dan PENYOKONG percaya DSAI
boleh bawa kita menang PRU15 yang di jangka seawal april 2021 cukup.Jentera PH
siap sedia dari sekarang.
Warisan tak mahu ikut undi belah bahagian selagi tak tukar Ketua
Pembangkang...Nampak berprinsip? Tak... Sebenarnya mereka meletakkan agenda
peribadi melebihi hal rakyat.
Tempohari, sewaktu DS Anwar lepaskan bajet demi membolehkan
rakyat mendapat beberapa faedah di dalamnya, berdesup orang hina DS Anwar.Hari
ini, Shafie Apdal biarkan bajet lulus peringkat kementerian demi agenda
peribadi nak tumbangkan DS Anwar, senyap sunyi masing-masing.Nampak sangat
mereka tak fikirkan rakyat. Mereka berpolitik untuk diri sendiri sahaja.
Nampak tak modus operandi dia?
Pada perkiraan aku, Warisan tidak bangkit untuk menyokong undi
belah bahagian pada peringkat dasar adalah sebahagian dari rancangan jahat
mereka.Seperti hari ini, jika semua MP pembangkang bangkit pun tetapi tanpa
Warisan, pembangkang akan tetap kalah dan sekali gus dapat memalukan DS Anwar.
Malangnya DS Anwar mengarahkan kesemua pembangkang tidak
bangkit. Jadi Warisan yang memang sudah merancang awal untuk tidak bangkit juga
seolah terlibat sama.
Maka rancangan memalukan DS Anwar telah gagal.
Yang seseorang itu pula, pada mulanya dia fikir pengaruhnya
sudah cukup
mantap
. Dia percaya yang MP PH akan menurut langkahnya. Malang sekali
rupanya, semasa pengundian, baru dia mengerti kesetiaan DAP kepada gabungan PH.
Jadi sekarang dia merasakan ada keperluan baginya untuk menjadi
Ketua Pembangkang bagi mengawal PH. Tetapi bagaimanakah caranya?
Dengan cara menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan MP PH
terhadap Ketua Pembangkang sekarang. Dan ia diharap terjadi apabila PH
berterusan kalah ketika undian belah bahagian setiap kementerian.
Peranan Warisan adalah membuat tuntutan agar Ketua Pembangkang
ditukar dengan ugutan enggan mengundi selama tuntutan itu tidak dipenuhi.
Pada perkiraan mereka, jika pembangkang berterusan kalah, MP PH
akan geram dan akhirnya akur kepada desakan mereka.
Jadi mereka akan berterusan membiarkan semua undian bajet di
peringkat kementerian dimenangi oleh PN. Apa yang bakal terjadi kepada negara,
bukan prioriti mereka.
Aku tak pasti sama ada MP PH akan akur atau tidak. Tapi jika MP
PH benar menyanjungi rakyat, mereka tidak akan layan tuntutan Warisan yang
ketika ini bertindak seolah khadam kepada yang seseorang itu.
Inilah yang terjadi... Pada hemat aku...
Kalau PH nak menang di Kelantan, kempen perlu dipergiatkan di
KL, Selangor dan Johor.
Kenapa?
Sebab anak Kelantan yang merantau di negeri negeri ini yang
balik dan mengundi Pas.
PH di Kelantan perlu membentuk jaringan kerja dengan PH di 3
negeri dengan membuat kempen bersasar terhadap anak Kelantan mulai sekarang.
Jika tidak, tidak akan berlaku perubahan di Kelantan. Pas akan
terus menjawab bumi Kelantan.
- R a j a G e l a p -