EDY CHONG
Bukankah kerajaan Negeri yang dipilih lebih jiwa rakyat dan untuk rakyat? Mengapa nak hanya tahu membuli usahawan wanita tempatan daripada berjaya dalam pembangunan Negara??? Ini lah yang berlaku di Melaka sekarang.... AIYO..lebih menakutkan daripada kak limah.....
(Post from other media)
Mampukah negara melepaskan sebuah projek yang sedang dibangunkan bernilai berbilion ringgit dan menjana peluang pekerjaan serta limpahan ekonomi, khususnya ketika persekitaran ekonomi dunia yang tidak memberangsangkan.
Pemajunya, KAJ Developement (KAJD) yang telah melabur sebanyak RM700 juta bukannya dimiliki China. Namun projek yang telah siap 40 peratus itu tidak diteruskan atas arahan kerajaan negeri Melaka.
Pelbagai alasan diberikan dua minggu lalu menerusi notis penamatan perjanjian tambak laut kerana perjanjian telaah tamat tempoh berikutan syarikat gagal menyiapkan projek pada waktu yang ditetapkan.