- MO PLAY VICTIM, BLAME GAME dan RAIH SIMPATI LAGI.
BAGI MEMAHAMI apa yg saya perjelaskan ini, anda perlu membaca
satu persatu Screenshot (SS) yg saya sertakan bersama artikel ini. Kenapa saya
siarkan begitu byk SS? Sebab saya mahu ia menjadi sebahagian dari Rakaman
Sejarah (meminjam kata-kata Free Thinker idola Anai2 KARTEL Oren Masam).
1) Saya menghargai Kenyataan Media Khalid Samad yang menafikan
Amanah menuntut atau memberi Ultimatum kpd DSAI utk melepaskan jawatan
Pengerusi PH dalam tempoh 7 hari. Beliau menegaskan bahawa maklumat yg
disiarkan oleh sebuah portal berita adalah PALSU. Saya juga ambil maklum sahabat-sahabat penyokong PH memandang sinis kepada kenyataan Khalid Samad. Kenapa? Anda baca
keseluruhan Artikel dan SS disertakan maka anda akan memahami akan respon
sebegitu.
2) Kenyataan Khalid Samad itu juga, sekaligus MENGESAHKAN bahawa
tuntutan terhadap DSAI itu adalah PALSU dan BERNIAT jahat yang mana DSAI telah
pada hari yang sama menafikannya. Khalid Samad pergi lebih jauh lagi dgn menuduh
penyebar cerita karut itu berniat mahu melaga-lagakan Amanah dgn DSAI. Seperti
statusnya sebelum ini yang mengatakan kerja melaga-lagakan sesama kita ialah
kerja PN.
3) Apa yang Khalid Samad tidak sedar, beliau telah MENDEDAHKAN dan
MENGESAHKAN kerja jahat KARTEL Oren Masam, anai-anai dalam Amanah yang saban hari
menyerang DSAI di SocMed. Khalid Samad juga secara tidak langsung MEMBUKTIKAN
bagi kesekian kalinya bahawa Anai-anai KARTEL Oren Masam ini "LEBIH #SUDU DARI #KUAH".
Pimpinan Amanah TIDAK pun TUNTUT DSAI letak jawatan tapi Anai-anai Oren Masam
dok tuntut hari-hari. Mereka yg mula-mula mengejek-ejek dengan perkataaan "dak-dak sudu" tapi ia terkena kpd mereka berkali-kali.
4) Cuba anda lihat Screenshots yang saya sertakan sebagai BUKTI.
Yang galak share dan sebar berita palsu KUNUNnya DSAI hanya ada masa 7 hari
sebelum letak jawatan adalah AHLI-AHLI AMANAH yang kami panggil anai-anai KARTEL Oren
Masam. Mcm mana Khalid Samad pernah kata KUNUNnya yang melaga-lagakan kita ialah
PN?
5) Dalam kenyataan terbaharu itu entah pihak mana pula yang Khalid
Samad mahu salahkan kerana memberi maklumat palsu kpd portal berita terbabit.
Tapi yang PASTI ialah mereka yang MEMBANTU MENYEBARKAN berita palsu dari portal itu
ialah AHLI-AHLI AMANAH yang kami panggil anai-anai KARTEL Oren Masam bagi membezakan
mereka dari Ahli-ahli Amanah YG KEKAL SETIA dgn Muafakat PH dan DSAI. Anda
boleh melihat sendiri semua SS di bawah dan tanya adakah itu kerja anggota PN
atau BN atau PKR atau sesiapa shj yg dituduh sebagai "KARTEL dalam
PH"?
6) Jika anda belum membaca tulisan saya mengenai Sebahagian
Pemuka Utama KARTEL Oren Masam dan MO (Modus Operandi) mereka, anda boleh baca
dlm SS yg disertakan atau di link : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1037954043375646&id=100014831801916
7) JIKA anda terserempak dgn tulisan-tulisan mereka cuba faham
apa yg mereka cuba SPIN. Salah satu CONTOH : Bila saya menulis tentang tindakan
Azmin mengesahkan PT95 adalah dalang penubuhan PN (which dah berulangkali kita
sebut dan berhujah) beberapa ekor Anai-anai KARTEL Oren Masam menerjah posting
saya dan menuduh saya dan penyokong-penyokong DSAI tidak marah pada Azmin malah
sgt mempercayai PNkhianat itu. Mereka cuba membina persepsi KUNUNnya kita
belaan Kartel bagi mengalih label KARTEL terhadap mereka.
8) Kemudian mereka bina persepsi KUNUNnya "Kartel dalam
PH" mahu merosakkan hubungan antara PT95 dgn DSAI dan PKR. Sdgkan menjadi
rahsia umum mereka lah yg setiap hari menyerang DSAI, mengangkat serta memuja
PT95 sebagai Legend sedangkan PT95 kerapkali menyerang DSAI yg tidak pun
membalas dan mencari haluan sendiri.
9) Banyak lagi komen-komen mereka di SocMed yg membuktikan apa
yg saya sebut sebgai "PLAY VICTIM" dan "BLAME GAME" bagi
meraih simpati Netizen yg tidak tahu "kepala ekoq" lalu mereka
menyalahkan penyokong-penyokong PH pro DSAI.
10) GAME ini akan berterusan. PERHATIKAN, lama kelamaan anda
boleh faham cara atau MO mereka SPIN dan BINA PERSEPSI. Saya nasihatkan dan
peringatkan diri saya dan anda, TOLONG JANGAN MAKI mereka atau pemimpin Amanah
atau parti itu. HENTIKAN perbuatan seperti itu kerana mereka akan menggunakan
alasan sebegitu utk TERUS menyerang DSAI dan PKR.
11) Screenshot dan rekodkan. Paling teruk anda sekadar kritik,
troll dan ketawakan. Biar satu hari nanti pemimpin Amanah akan tengok dan kita
tanya org seperti Khalid Samad kenapa dia membutakan matanya dulu??
12) Sehingga saat ini pemimpin-pemimpin Amanah seolah-olah TIDAK
nampak atau IGNORE atau masih dalam DENIAL SYNDROME. Mereka masih menyebut
"ada pihak luar" atau PN atau UMNO BN yg punya angkara. LALU...TIDAK
HAIRANLAH RAMAI PENYOKONG-PENYOKONG PH PRO DSAI JADI MARAH PADA PARTI ITU
SENDIRI kerana sikap TIDAK #PEDULI ini.
Apapun....bersabarlah.
Wallahualam.
-Zus Din
03 Disember 2020