Kerajaan Perak pimpinan Ahmad Faizal Azumu tumbang, MB tewas undi percaya

 


Ahmad Faizal Azumu.

IPOH: Pentadbiran Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, tumbang apabila gagal memperoleh sokongan majoriti wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri, apabila usul percaya terhadapnya undi secara belah bahagi pagi tadi.

Dalam undian yang dipengerusikan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Mohamad Zahir Abdul Khalid, hanya 10 ADUN menyokong kepimpinan Faizal, berbanding 48 yang membantah dan 1 undi rosak.

Usul undi percaya terhadapnya dibawa Adun Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim, dari Umno.

DUN Perak terdiri daripada 24 ADUN Umno, empat PPBM, dan tiga PAS.

No comments: