TAK ADA IDEA LAIN KAH? NANTI TADIKA MARHAEN ADA BUMBUNG TIRIS DAN LANTAI PECAH

 

Pecah belah masyarakat, Wan Azizah gesa kerajaan batal hasrat tubuh tabika elit

FMT Reporters

 

October 1, 2020 3:20 PM


Ahli Parlimen Pandan Wan Azizah Wan Ismail. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan membatalkan hasrat untuk mewujudkan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) elit kerana ia akan menjurus kepada perpecahan masyarakat.

Dalam kenyataannya, beliau berkata, kewujudan tabika elit akan melebarkan jurang antara B40 dan T20 dan akhirnya boleh menyebabkan keretakan perpaduan masyarakat.

“Malaysia seharusnya melangkah ke arah pendemokrasian pendidikan awal kanak-kanak yang dapat memberikan kesaksamaan pendidikan yang berkualiti,” kata beliau dalam kenyataan.

Bekas presiden PKR itu juga berkata, berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wawasan strategik dalam pendidikan awal kanak-kanak perlu menitik beratkan kualiti persekitaran yang membina, termasuk pendekatan hidup dan pendidikan yang melibatkan ibu bapa, penjaga, keluarga dan masyarakat.

“WHO berpendapat kerajaan dan masyarakat sivil harus bekerjasama dengan keluarga bagi menyediakan akses yang saksama kepada semua kanak-kanak kepada persekitaran yang berkualiti lagi membina.

“Tabika elit yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) itu adalah bertentangan dengan aspirasi ini dalam pendidikan awal kanak-kanak,” kata beliau.

Pada Selasa, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Abdul Rahman Mohamad berkata, kementerian merancang untuk menubuhkan tabika elit di bawah Kemas, yang menyasarkan golongan M40 dengan yuran bulanan lebih tinggi daripada tabika biasa.

Satu kertas kerja sedang dirangka berkaitan inisiatif itu, yang akan melihat penambahbaikan dalam kemudahan dan modul pembelajaran, katanya.

 



No comments: