By
-
1.okt 2020
Najib telah meninggalkan kesan mendalam iaitu kelemahannya; dia ialah suatu kegagalan dan telah secara sedar menjatuhkan keutuhan Malaysia, CW menulis.
Pada 30 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
telah mendapati mantan Perdana Menteri yang sedang menanggung malu, Najib Razak
bersalah di luar keraguan munasabah terhadap kesemua tujuh pertuduhan jenayah
pengubahan wang, jenayah pecah amanah, dan salah guna kuasa – dan
menjatuhkannya hukuman sehingga 72 tahun penjara yang berjalan serentak (secara
pelaksanaannya 12 tahun) dan denda RM210 juta.
Merujuk kepada tinjauan
pendapat Merdeka Center baru-baru ini, sebahagian besar majoriti
rakyat Malaysia, termasuk ramai dari kalangan penyokongnya, merasakan Najib
adalah bersalah: 61% daripada 3,514 responden daripada semua 14 negeri – satu
sampel wakil berstatistik tinggi – setuju dengan Mahkamah Tinggi yang dia bersalah
untuk jenayahnya. Hanya 18% merasakan sebaliknya.
Walaupun Najib dengan hiba mendakwa di dalam mahkamah dia “tidak sedar” sumber dana tersebut telah masuk ke akaun bank peribadinya, Hakim Mohd Nazlan Ghazali melakukan perkara yang betul dan mensabitkan dia bersalah. Dalam alasan penghakiman 801 muka surat, hakim tersebut telah memberitahu Najib bahawa kesnya ialah salah guna kuasa yang paling “teruk” pernah disaksikan di Malaysia dan mantan Perdana Menteri itu telah mengkhianati kepercayaan umum.
Alangkan sumpah laknat di mahkamah yang
memalukan, tunggangan motorsikal yang nampak kekok, dan ucapan kelakar
“masyarakat yang lebih adil dan penyayang” pun tidak dapat memujuk majoriti
Melayu bahawa dia tidak bersalah: lebih kurang enam dalam 10
orang Melayu ditinjau pandangan setuju Najib bersalah terhadap
jenayahnya. Sedangkan gabungan kerajaan disokong Umno juga mengeluarkan
kenyataan rasmi menyokong hukuman Mahkamah Tinggi.
Support the struggle to build a Malaysia based on Justice,
Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran
Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Schedule an auto donation to Aliran
every month or every quarter
Akhirnya, Najib ialah bos yang tiada apa
sehabuk pun. Bertentangan dengan citra jenama lembik “bossku” cuba dibikinnya,
kini dia bukan sahaja seorang badut tapi juga seorang penjenayah yang bersalah.
Spot
the odd one out
Najib patut dilayan sebagai seorang yang
terbuang bukan kerana dia adalah Perdana Menteri Malaysia paling teruk yang tak
perlu diragui lagi atau sebab pemimpin dunia
nampaknya menyisihkan dia berkali-kali di pentas dunia, tapi
kerana dia sebabkan kesengsaraan berjuta rakyat Malaysia yang tak bersalah dan
menjatuhkan Malaysia di mata dunia. Tapi, seperti diperhatikan Hakim
Nazlan, Najib tidak
menunjukkan rasa kesal ke atas apa yang telah dia lakukan.
Walau bebanan pemberat pembuktian fiskal, namun dia masih menafikan yang dia
telah mencuri berbilion daripada rakyat Malaysia.
Najib masih tidak dapat menerima hakikat.
Sebagai salah seorang ketua
kerajaan (kini bekas) di yang paling tidak popular di dunia, Najib mempunyai
kemerosotan keperibadian yang amat terang dan nyata. Namun tragiknya, tiada
seorang pun dalam hidupnya yang mahu bersikap prihatin untuk cuba bantu dia
menerima kesalahannya.
Kelemahan Najib menjadi pusaka kekal
peninggalannya; dia telah jadi suatu kegagalan dan telah secara sedar
menjatuhkan integriti Malaysia. Dia adalah modal peranan yang teruk untuk sesiapa
sahaja dan contoh terbaik untuk seorang politikus luput yang tak tahu apa pun.
Najib ialah seorang dungu, tapi pada tahap
tertentu, dia juga sedar diri, mengaduk perancangan untuk menggilap imej
lemahnya di mata orang lain, Ramai kroni Najib yang membolehkan pelbagai
skandalnya berlaku masih belum disabitkan untuk jenayah berkaitan mereka, dan
kita masih belum melihat mereka merangkak keluar dari persembunyian untuk
membela Najib.
Untuk meringkaskan penulis Aleksandr
Solzhenitsyn, Najib ialah bos yang lemah dan bodoh, dan gabungan kedua-dua itu
biasanya memang elok untuk meraih populariti yang hebat di Malaysia. Setakat
ini, dia masih bergerak dan berucap dengan bebas.
READ MORE: The People v Najib Razak Ep 68:
Didn’t know you then, but now I do
Namun, hari keputusan yang memalukan dengan
hampir seribu “penyokong” Najib – yang nampaknya kenyang dijamu dan dibawa khas
ke mahkamah – juga memakan diri.