1) KERAHSIAAN gerakerja DSAI kali ini membuatkan ramai terpinga-pinga. Saya juga tidak terkecuali, turut tertanya-tanya. Hanya sedikit lega melihat perkembangan dan dimaklumkan rakan2. "Move" DSAI kali ini sukar dibaca. Kerahsiaannya sangt tinggi. Ada yang kata "He keep it to himself". Kerahsiaan ini juga menyebabkan anai2 PANtuk #K3 mengamuk di SocMd setiap hari menyerang, menghina dan mengeji DSAI. Takkan DSAI nak bagitahu #K3 yang hanya jadi "Spy" PT95, mereka tidak mungkin akan merahsiakan darinya.
2) Kini, adakah gerakan rahsia ini sudah hampir capai matlamat? Kita doakan yang terbaik kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui. DSAI sendiri hanya mampu berusaha. Tapi kita pula yang begitu bimbang bukan ka?
3) Sakit hati PT95 dan yang sekufu dgnnya kerana tiada arah untuk mengetahui siapa yang menyokong DSAI. Urusan pujuk memujuk, tawar menawar tidak mungkin dilakukan secara rambang untuk "counter" gerakerja atau "move" DSAI. Masing-masing tunding jari ke arah masing-masing.
4) PT95 semakin teruk meroyan dan sekarang memperlekehkan DSAI kononnya DSAI ini tidak mendatangkan manfa'at pun untuk diambil dalam kabinet dia. Dia menghina DSAI dengan menyatakan isteri DSAI iaitu DSWA menjalankan tugas dengan baik. Bukan saya nak rendahkan Kak Wan, tapi cara ia disampaikan oleh PT95 itu lebih kepada mahu menghina DSAI kononnya isterinya buat kerja lebih baik. Demi menunjukkan dia betul dan semua salah DSAI PT95 buat rekayasa cerita konon selepas dia usahakan pengampunan lalu DSAI berkomplot menentang dia. Ini hanya pembohongan semata-mata untuk mewajarkan tindakan PT95 mengenepikan dan sailang DSAI. JAHATnya fitnah ini sedangkan DSAI sentiasa dibuli tapi akur sampai kita semua naik geram tapi masih sabar mengharapkan MP PH bertindak. Malangnya MP PH lembab.
5) Sekarang dah semakin jelas, PT95 tidak mahu PH jadi kerajaan jika DSAI calon PM bagi PH. pejuWANG tidak sokong "move" DSAI untuk ambil alih kuasa pemerintahan dari kerajaan PN. JAHATnya mereka ini tidak memperdulikan permasalahan Rakyat asalnya hajat mereka terlaksana. Allah londehkan sikap sebenar mereka bila DSAI umumkan punya Majoriti. Mereka sebenarnya sdang mempertahankan Abah Yiddin dan KERAMITA. Inikah puak2 PENGKHIANAT yg disayangi oleh Anai-anai PANtuk dan #K3. Takkan kita terlalu BUTA Kayu untuk melihat dan memahaminya?
6) Begitu busuknya hati perut PT95 terhadap DSAI tidak tergambarkan lagi dengan apa-apa perkataan yang baik melainkan maki hamun yang selayaknya kpd Org Tua itu. Kita dah beri peluang pada dia, jika PT95 ini sokong DSAI dan tidak buat onar, nama dia tentu tetap disanjung tapi dia pilih utk dihina demi melayan ego dia setinggi gunung.
7) Saya pernah sebut DSAI sgt berahsia kali ini sehinggakan pada masa-masa tertentu SUA Keadilan sendiri diberitakan tidak tahu menahu. Dato' Johari Abdul hanya mengesahkan hal ini apabila dia mengaku tidak tahu bila SD tiba ke istana dan kepada DYMM YDPA. Ia dilaporkan oleh portal yang kurang dikenali. Adakah ia Fake News? Tak mungkin.
8) Agak menghairankan hal yang disebutkan Dato' Jo ini tidak dilaporkan oleh berita-berita arus perdana atau portal-portal berita utama. Tapi saya percaya berita ini telah diketahui oleh PT95 lebih awal sebab tu dia meroyan dan cuba "discredit" DSAI lagi. Ntah kali ke berapa?
9 MUSYKIL. Selama DSAI dihina oleh PT95 tidak pernah #K3 Amanah dan
DAP samada Mat Sabu mahupun LGE mahu membela DSAI. Malah mereka membiarkan anai-anai
PANtuk ternakan mereka terus menerus menghina, mengeji, mencaci, perli DSAI
setiap hari di SocMed. Tak cukup dngan itu, parti Keadilan itu sendiri dihina
macam-macam. Sebagai penyokong PH yang pro DSAI dan masih waras apa yang boleh
kita terjemahkan dari sikap dan tindakan mereka itu? You tell me..!!
1 DSAI sememangnya tiada pilihan lain melainkan menyimpan rahsia
ini sebaik-baiknya. Di kalangan sesetengah penyokong mereka hanya tahu
"piece by piece" seperti saya juga. Tapi ia perlu dicantumkan untuk
memahami kisah sebenar. Untuk itu, kita perlu bersabar. Doakan DSAI berjaya
dalam misinya terlebih dahulu sehingga ke tahap mengangkat sumpah sbgai Perdana
Menteri ke 9.
Insya Allah.
- Zus Din
01 Oktober 2020