Laporan 3 projek bermasalah T’ganu telah dibuat, SPRM tunggu apa lagi?
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
1. Laporan kepada SPRM telah saya buat pada 10 Julai 2018 selepas Pakatan Harapan menang di Putrajaya pada PRU14 yang lalu.
2. Rujukan liputan berita laporan 10 Julai 2018 : https://www.youtube.com/watch?v=tIst9krL4zc
3. Semua dokumen dan maklumat berkaitan telah berada di tangan SPRM. Apa lagi yang menjadi halangan SPRM untuk bertindak dan membuat siasatan?
4. Jika siasatan sudah dibuat, apakah tindakan susulannya?
5. Hari ini saya tegaskan kembali dalam sidang media saya di Wisma Darul Iman agar YAB Menteri Besar Terengganu menjalankan tugas beliau menegakkan kebenaran dan menolak penyelewengan wang rakyat Terengganu.
6. Rakyat sepatutnya bertanya kepada SPRM apa perkembangan laporan yang telah saya buat sejak dua tahun yang lalu itu.