JANGAN SAMAKAN SEMUA ANGGOTA POLIS SEBEGITU


HAMDAN TAHA

Saya baru dengar Asri menyebut tentang iman polis. Sepatutnya asri berger ni tak perlu pun komen sampai tahap itu. Ustaz Azahar Idrus,Ustaz Kazim pun tak berani nak keluar sampai tahap itu...
Ye betul ada anggota polis yang tidak bertangungjawap tapi tak boleh di pukul ratakan semua. Ahli politik pun ramai yang terlibat rasuah tapi tidak boleh kata semua ahli politik,dia terpakai kepada mereka yang berkuasa sahaja...itu sebab hari ini contohnya sprm menyebut sedang siasat satu kes rasuah di terengganu melibatkan Yb kita pun tak tahu dari parti mana...kita bole menjadi hero rasuah ketika belum ada kuasa dah ada pemimpin Dap Amanah dan Pkr pun di tahan dan ada yang di dakwa oleh sprm kenapa....kerana mereka pun sempat berkuasa....

Rasuah adalah sahabat rapat dan rakan karip kepada kekuasaan. Rasuah adalah musuh utama kepada mereka yang jauh dari kekuasaan.

Sprm sendiri tidak boleh lari dari rasuah walaupun mereka di tugaskan mencegah rasuah. Kenapa kerana peluang rasuah itu lebih besar di jabatan sprm...pdrm..pbt dan seangkatan dengannya....siapakah yang lebih tahu siapa di kalangan mereka menerima rasuah...rakyat biasa tak tahu...sprm kena siasat dulu baru tahu...pdrm bukan tugas dia membasmi rasuah....yang paling tahu siapa kah manusia yang boleh di beri rasuah ialah perasuah....jika di negara kita ini perasuah ialah mereka yang terlibat dengan perniagaan selain perasuah hanya malaikat dan Allah sahaja maha mengetahui....

Ada satu kes melibatkan seorang pegawai jabatan hutan di perak. Selama lima tahun terakhir dia sakit dan jarang ke pejabat dan sering ambil cuti. Pergi kerja pakai ketayap dan tak banyak cakap orangnya. Pakai kereta pun buruk je volvo 240 lama yang nilai pun 5 ribu jer.ketika bertugas sangat tegas dan beliau di katakan oleh rakyat biasa seorang pegawai yang baik dan ikut buku. Tamat...
Satu hari sprm buat siasatan menyeluruh di negeri tersebut kerana pembalakan haram dan di katakan berlaku penyelewengan melampau terhadap jabatan hutan tersebut. Semua pegawai,renjer dan taukeh taukeh balak di pantau dan ada yang di siasat. Ketika sprm dan di ikuti oleh polis menyiasat satu pejabat hutan daerah yang paling banyak keluaran hasil balak pegawai yang saya sebut pakai lebai dan volvo itu kebetulan tak ada di pejabat kerana dia di katakan sakit dan kerap bercuti...

Sprm akhirnya mengambil keputusan pergi kerumah pegawai tersebut. Tujuan sprm bukan nak buat siasatan terhadap pegawai itu secara peribadi tetapi untuk dapatkan maklumat sahaja  berkaitan pembalakan haram yang tinggi di bawah jagaan dia....itu sahaja...apabila pegawai sprm dan polis datang lebih kurang 10 orang ke rumah pegawai tersebut...isteri pegawai tersebut sahaja yang ada di rumah....kerana ketakutan isteri pegawai tersebut sudah cuba melarikan diri dan tiba tiba isteri tersebut terdedah perkara yang tidak sepatutnya berlaku....

Pegawai SPRM melihat pelik sangat perangai isteri pegawai tersebut mereka telah bertanya soalan soalan provokasi terhadap isteri pegawai tersebut....akhirnya mengejutkan apabila isteri tersebut mengaku di dalam rumah itu ada wang tunai dan akaun bank...sijil simpanan nasional...dan macam macam sijil kewangan berjumlah 6 juta ringgit....

Lain yang di cari lain pulak yang terdedah...pegawai tersebut hanya tinggal lagi 6 bulan sahaja lagi nak pencen. Di dakwa ke makamah akhirnya. Rupanya yang di katakan sakit....pakai ketayap....pakai volvo buruk hanya lakunan menutup kesalahan. Lakunan itu hanya tinggal 6 bulan sahaja lagi hampir berjaya....

Jadi penerima rasuah ini kita tak bole kenal pun tetapi dia boleh di kenali oleh pemberi rasuah. Saya tambah sikit lagi kenapa perniaga cina lebih berjaya dari perniaga melayu kerana pegawai yang berkuasa tak mahu tolong orang melayu sebab tak dapat apa kecuali pahala. Lagi pula pegawai melayu malu nak minta dengan melayu tapi dengan perniaga cina mereka berani minta dan cakap apa saja. Tambahan pula perniaga cina mulut dia tertutup dan pandai jaga rahsia. Orang Melayu baru bagi sikit satu dunia dia cerita....takut lah orang yang ada kuasa....

Itu sebab Jlow boleh berjaya menjadi perasuah paling hebat di dunia ....kerana dia berjaya beli semua orang yang terlibat dengan 1 MDB  ..