Kerajaan Pas T’ganu mengaku lantik warga asing pegang GLC

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengakui melantik individu tertentu memegang beberapa jawatan penting dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.
Beliau berkata, pelantikan itu dibuat secara kontrak berdasarkan pengalaman dan kelayakan individu berkenaan.

Katanya, individu yang dilantik mempunyai keluarga dan menetap di negeri ini dan pernah memegang jawatan beberapa GLC.

“Individu berkenaan dilantik secara kontrak antara dua dan tiga tahun untuk membantu kerajaan menyelesaikan pelbagai permasalahan dihadapi GLC.

No comments: