LAIN KALI PAKAT LA ELOK ELOK.JANGAN MUNG MAKANG SOQANG : Panas! Ahmad Said ajak Exco Pas bergaduh di DUN Terengganu

Ahmad Said pertikai individu pegang banyak jawatan

Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr Alias Razak sedia menyahut cabaran dari Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said untuk bergaduh dalam pertengkaran mereka di sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.
“Kalau nak gaduh boleh,” kata Ahmad dengan disambut, “Saya no problem, huh,” kata Dr Alias dalam sidang DUN Terengganu hari ini.
Dr Alias yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Terengganu itu berkata demikian ketika perbahasan hari ini.Menurut Dr Alias, beliau cuba menjawab perkara yang dibangkitkan oleh bekas Menteri Besar Terengganu itu semalam lagi tetapi tidak sempat.
“Kelmarin saya nak jawab doh, dok dang. Hari ni buat pulok,” kata Dr Alias marah kepada Ahmad yang juga Adun Kijal itu.
Ekoran itulah, Ahmad berkata, “No gaduh boleh,” lalu dijawab oleh Adun Bukit Tunggal itu, “Saya no problem (tiada masalah). Huh.”
Kelmarin Ahmad menyerang kerajaan negeri atas pelbagai isu termasuk tidak mengutamakan anak Terengganu dalam memberikan jawatan di dalam kerajaan di negeri ini.
Ia termasuklah bukan warga negara dan bukan penduduk yang berasal dan tidak ada kaitan dengan negeri Terengganu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak pernah aktif di Terengganu tetapi di Kuala Lumpur khasnya Bangi, Selangor.
Namun selepas menang kerusi DUN Rhu Rendang, beliau telah dilantik sebagai MB.
Sebagai MB, beliau telah membawa masuk rakan-rakannya dari luar Terengganu, khasnya dari Kuala Lumpur, termasuk yang tidak pernah ada kaitan dengan negeri ini menjadi pegawai kanan di negeri Terengganu.
Ekoran itu, kekesalan disampaikan oleh Ahmad Said di sidang DUN semalam.
Umno juga tidak berpuas hati dengan kerajaan Pas Terengganu berikutan layanan kerajaan Pas terhadap Umno umpama anak tiri walaupun kedua-dua parti berada dalam kerajaan PN dan Pas serta Umno bergabung dalam Muafakat Nasional.

No comments: